Home > Bahasa Melayu
Doa selamat bagi bakal haji KHEDN
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong (kiri) menyampaikan sumbangan kapada salah seorang bakal jemaah haji dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan jabatan-jabatan di bawahnya. | Foto: Hamzah Mohidin
August 14th, 2016 | 09:45 AM | 2140 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Sabtu, 13 Ogos. - Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) telah mengadakan Majlis Doa Selamat bagi Bakal-bakal Haji KHEDN dan Jabatan-jabatan di bawahnya yang diadakan di Surau, Ibu Pejabat kementerian berkenaan, di sini.
Hadir pada majlis tersebut, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.
Majlis bertujuan untuk sama-sama memohon keberkatan daripada Allah Subhanahu Wata'ala agar kesemua bakal haji beroleh haji yang mabrur, dipermudahkan segala urusan, diberikan kesihatan dan kembali ke tanah air dalam keadaan selamat.
Acara terdahulunya dimulai dengan Solat Fardu Asar Berjemaah yang diimamkan oleh Ketua Guru Agama, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), Awang Haji Adanan bin Haji Ahmad.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menyampaikan sumbangan derma kepada pegawai dan kakitangan yang akan menunaikan fardu haji pada tahun ini, setelah itu Doa Selamat dibacakan oleh Ketua Guru Agama, JBP.
Juga hadir pada majlis tersebut Setiausaha Tetap KHEDN, Awang Haji Mohd. 'Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abd. Salam; Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap; ketua-ketua jabatan; timbalan / penolong ketua jabatan; pegawai-pegawai kanan KHEDN serta pegawai juga kakitangan kementerian dan jabatan-jabatan di bawahnya.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Khartini Hamir
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]