FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berkenan mengurniakan Surat-Surat Watikah Pelantikan


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan bergambar ramai bersama ketua-ketua perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik. Dari kanan, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Timor-Leste, Puan Yang Terutama Norazlianah binti Haji Ibrahim; Wakil Tetap Negara Brunei Darussalam ke ASEAN, Puan Yang Terutama Pengiran Hajah Faezah bintl Pengiran Haji Abdul Rahman; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Belgium, Tuan Yang Terutama Abu Sufian bin Haji Ali; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Perancis, Puan Yang Terutama Datin Paduka Malai Hajah Halimah binti Malai Haji Yussof dan Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Bangladesh, Puan Yang Terutama Hajah Masurai binti Haji Masri. | INFOFOTO

 


 August 14th, 2016  |  09:47 AM  |   3189 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sabtu, 13 Ogos. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan Surat-Surat Watikah Pelantikan kepada ketua-ketua perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik.

 

Pada majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia mula-mula berkenan mengurniakan Surat-Surat Watikah Pelantikan kepada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Belgium, Tuan Yang Terutama Abu Sufian bin Haji Ali; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Perancis, Puan Yang Terutama Datin Paduka Malai Hajah Halimah binti Malai Haji Yussof; Wakil Tetap Negara Brunei Darussalam ke ASEAN, Puan Yang Terutama Pengiran Hajah Faezah binti Pengiran Haji Abdul Rahman; Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Bangladesh, Puan Yang Terutama Hajah Masurai binti Haji Masri; serta Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Timor-Leste, Puan Yang Terutama Norazlianah binti Haji Ibrahim.

 

Selepas Majlis Mengurniakan Surat-Surat Watikah Pelantikan, Kebawah DYMM kemudian berkenan menerima mengadap ketua-ketua perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik.

 

Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Belgium, TYT Abu Sufian bin Haji Ali, sebelum ini menjawat jawatan sebagai Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan, sementara Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Perancis, Puan Yang Terutama Datin Paduka Malai Hajah Halimah binti Malai Haji Yussof berkhidmat sebagai Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Filipina.

 

Wakil Tetap Negara Brunei Darussalam ke ASEAN, Puan Yang Terutama Pengiran Hajah Faezah bintl Pengiran Haji Abdul Rahman, sebelum ini bertugas sebagai Pengarah Perancangan Dasar di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan; manakala Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Bangladesh, Puan Yang Terutama Hajah Masurai binti Haji Masri, berkhidmat sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan serta Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Timor-Leste, Puan Yang Terutama Norazlianah binti Haji Ibrahim, bertugas sebagai Timbalan Pengarah di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19