Home > Sports
Pemilihan Pemain Bola Sepak Bawah 14, 16 Tahun
SESI pemilihan pemain bola sepak di bawah 14 dan 16 tahun
April 3rd, 2021 | 10:26 AM |
1269 views
TUTONG
Lebih 70 pemain bola sepak kanak-kanak lelaki yang berumur di antara 14 hingga 16 tahun dari Daerah Tutong yang terdiri daripada pemain bola sepak yang berpengalaman mahupun yang belum pernah mengikuti sebarang kejohanan turut serta bagi sesi pemilihan untuk diserapkan bagi program bola sepak yang dikendalikan oleh Persatuan Bola Sepak Amatur Daerah Tutong (TDAFA) bagi mewakili daerah ini.
Setiausaha Agung TDAFA, Awang Metusin bin Sumpong semasa ditemu bual oleh Pelita Brunei menjelaskan, tujuan pemilihan tersebut adalah untuk memilih pemain-pemain dari Daerah Tutong yang berumur di bawah 14 dan 16 Tahun.
Menurut beliau, mana-mana pemain yang telah dipilih mengikut program yang dibuat oleh jurulatih yang juga dalam masa yang sama, meninjau latihan Bahagian Teknikal Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Brunei Darussalam (NFABD) dan dari sana nanti, mana-mana pemain yang dipilih akan dimasukkan ke akademi yang dikendalikan oleh NFABD.
Jelasnya, pemain yang akan dipilih di bawah 14 tahun adalah seramai 20 pemain dan 16 tahun juga seramai 20 pemain. Setelah dipilih oleh NFABD bagi kemasukan akademi nanti, 20 pemain tersebut bagi kedua peringkat umur akan ditapis lagi untuk dimasukkan ke dalam Program Build Your Future yang disokong oleh NFABD dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Jepun (Japan Footbal Association - JFA), di mana mereka berlatih seminggu dua kali latihan atau mengikut jadual yang ditentukan oleh jurulatih yang dilantik.
Pemilihan selama sehari yang berlangsung di Padang Bola Sepak Kompleks Sukan Tutong itu bermula dari jam 7.30 pagi bagi sesi pendaftaran dan sesi pemilihan bermula jam 8.00 hingga 10.00 pagi. Seramai lima jurulatih yang terlibat dalam sesi pemilihan berkenaan yang dibantu oleh dua orang dari Bahagian Teknikal NFABD.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]