Home > Bahasa Melayu
YTM Mulakan Lawatan Muhibah di Republik Singapura
YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ketika dijunjung dan dialu-alukan oleh Setiausaha Parlimen, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pembangunan Sosial Setiausaha Parlimen, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pembangunan Sosial, ialah Tuan Yang Terutama Profesor Madya Dr. Muhammad Faishal bin Ibrahim.
August 15th, 2016 | 09:37 AM | 2460 views
SINGAPURA
Ahad, 14 Ogos. - Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah, hari ini berangkat tiba di Republik Singapura bagi Lawatan Muhibah selama enam hari mulai 14 hingga 19 Ogos 2016.
Mengiringi keberangkatan Yang Teramat Mulia dan Yang Amat Mulia ialah Yang Amat Mulia Pengiran Anak Muthee'ah Raayatul Bolqiah.
YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ketika dijunjung dan dialu-alukan oleh pegawai-pegawai dari Kementerian Luar Singapura.
Mengalu-alukan keberangkatan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi ialah Setiausaha Parlimen, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga, Tuan Yang Terutama Profesor Madya Dr. Muhammad Faishal bin Ibrahim serta pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Luar Negeri Republik Singapura.
Turut sama menjunjung keberangkatan tiba ialah Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Haji Awang Saifulbahri bin Haji Awang Mansor dan isteri.
Yang Teramat Mulia dan Yang Amat Mulia kemudiannya berkenan menaiki kenderaan khas menuju ke hotel tempat persemayaman di sepanjang keberangkatan lawatan muhibah ini.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Abdullah Asgar dari Republik Singapura
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]