Home > Bahasa Melayu
Kementerian Pendidikan Tingkatkan Sistemik Literasi dan Numerasi
MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Penandatanganan Kontrak bagi Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam bersama CfBT Education Services (B) Sdn. Bhd. berserta organisasi induknya EDT yang berlangsung di Dewan Utama, Kementerian Pendidikan | FOTO : PELITA BRUNEI
August 16th, 2016 | 10:39 AM | 2985 views
BERAKAS
Isnin, 15 Ogos. - Kementerian Pendidikan mencatat satu lagi peristiwa penting apabila kementerian berkenaan menerima kelulusan untuk melantik Education Development Trust (EDT) sebagai vendor untuk bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dalam pelaksanaan Projek Pengambilan dan Pengurusan Ketua Guru Pakar dan Guru Pakar bagi Mata Pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik 2016 - 2019.
Sehubungan itu, Majlis Penandatanganan Kontrak bagi Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam bersama CfBT Education Services (B) Sdn. Bhd. berserta organisasi induknya EDT yang berlangsung di Dewan Utama, Kementerian Pendidikan, di sini.
Hadir menyaksikan majlis penandatanganan tersebut ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman selaku tetamu kehormat majlis.
MENANDATANGANI bagi pihak Kementerian Pendidikan ialah Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Dr. Dayang Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh manakala bagi pihak CfBT Education (B) Sdn. Bhd. ialah Pengarah CfBT Brunei, Awang Haji Sulaiman bin Haji Ahai.
Juga hadir sama Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama David Campbell; Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) Kementerian Pendidikan, Dr. Awang Haji Junaidi bin Haji Abdul Rahman; International Trustee of EDT and Director of CfBT Brunei, Jo Owen; Director of EDT and Director of CfBT Brunei, Dr. Patrick Brazier; dan Country Manager of CfBT Education Services, Dr. Greg Keaney.
Menandatangani bagi pihak Kementerian Pendidikan ialah Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Dr. Dayang Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh, dengan disaksikan oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Profesor Madya Dr. Awang Haji Azman bin Ahmad.
Manakala menandatangani bagi pihak CfBT Education (B) Sdn. Bhd. ialah Pengarah CfBT Brunei, Awang Haji Sulaiman bin Haji Ahai, dengan disaksikan oleh CEO EDT and Director of CfBT Brunei, Dr. Steve Munby.
Kontrak perundingan adalah untuk menyampaikan peningkatan sistemik dalam kualiti literasi dan numerasi pengajaran di sekolah-sekolah di Negara Brunei Darussalam dengan menggunakan jurulatih sebagai ejen perubahan utama bagi meningkatkan kualiti pengajaran.
MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman semasa bergambar ramai.
Di samping peningkatan sistemik dalam kualiti literasi dan numerasi, projek itu juga akan menyediakan sokongan pakar bagi pengurusan pengambilan, induksi, penggunaan dan pengurusan prestasi kakitangan antarabangsa termasuk Ketua Sumber Manusia (HR) dan dua orang pakar Profressional Development (PD) dalam pengetahuan pengajaran literasi dan numerasi dan amalan pembelajaran.
Menurut Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Dr. Dayang Hajah Romaizah dalam ucapan alu-aluannya menjelaskan, penyediaan untuk projek ini bermula pada tahun 2014, apabila menerima kelulusan dari Kementerian Kewangan pada 30 Disember 2013 dan sejak itu banyak perancangan yang melibatkan pihak berkepentingan yang berkaitan telah direka untuk memastikan projek ini akan dapat menangani isu-isu yang berkaitan dengan literasi dan numerasi.
"Pada peringkat pelaksanaan, 60 jurulatih antarabangsa dalam literasi dan / atau numerasi akan di tempatkan di sekolah menengah dan rendah bermula September tahun ini dalam fasa permulaan dengan seramai lima jurulatih antarabangsa, dua untuk literasi dan tiga pakar numerasi," terangnya.
Jurulatih antarabangsa ini dipilih untuk membimbing dan melatih serta bekerjasama dengan lebih daripada 100 guru tempatan yang baharu dan sedia ada bagi penyediaan rangsangan ketara kepada keupayaan kemahiran mereka dalam pengajaran mata pelajaran teras iaitu Bahasa Inggeris dan Matematik, dengan harapan untuk meningkatkan taraf literasi dan numerasi dalam kalangan kanak-kanak di sekolah.
Sokongan penting untuk membina kapasiti di semua peringkat dalam reka bentuk, pengurusan dan pengawasan program pembaharuan Matematik dan literasi juga akan turut disediakan, ini termasuk penukaran pengetahuan tersurat dan pelan pembangunan kapasiti, termasuk latihan, bimbingan serta peluang pekerjaan bagi pegawai Kementerian Pendidikan, HR, graduan tempatan dan jurulatih tempatan.
Sepanjang tempoh projek 36 bulan, Kementerian Pendidikan akan terus mendapat sokongan daripada pakar-pakar pendidikan International EDT dalam membaca dan mengira, pembaharuan sistem, metodologi bimbingan, pembinaan kapasiti dan penambahbaikan sekolah berskala besar.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Khartini Hamir
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]