Home > Bahasa Melayu
Raptai Pastikan Kelancaran RBD 2016
MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong semasa menghadiri sesi latihan persiapan Regatta Brunei Darussalam 2016.
August 16th, 2016 | 10:46 AM | 2458 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Isnin, 15 Ogos Regata Brunei Darussalam (RBD) 2016 akan diadakan pada hari Ahad, 21 Ogos 2016 Masihi bersamaan 18 Zulkaedah 1437 Hijrah di perairan Sungai Brunei berhadapan dengan Dermaga Diraja, Bandar Seri Begawan.
Bagi memastikan acara tersebut berjalan dengan lancar, satu sesi raptai telah diadakan petang tadi yang dihadiri oleh ahli-ahli jawatankuasa kerja RBD 2016.
AHLI Jawatankuasa Kerja Regatta Brunei Darussalam 2016 semasa menghadiri sesi raptai.
Di samping itu, beberapa pasukan yang akan turut serta dalam perlumbaan RBD 2016 juga menghadiri sesi latihan secara bergilir-gilir mengikut jadual latihan yang telah ditetapkan oleh Urusetia RBD 2016.
Sesi latihan dihadiri oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.
SALAH sebuah pasukan mengadakan sesi latihan di perairan Sungai Brunei.
RBD 2016 diadakan bersempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-70 Tahun dan dikendalikan bersama oleh tiga kementerian iaitu Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Rakyat dan penduduk di negara ini adalah dialu-alukan hadir menyaksikan dan memeriahkan RBD 2016 yang akan bermula pada jam 1.00 petang.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Mohamad Azmi Awang Damit
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]