Home > Bahasa Melayu
Persahabatan Brunei-Indonesia Terus Erat
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Dato Laila Utama Joko Widodo serta kerajaan dan rakyat Republik Indonesia sempena dengan Hari Kemerdekaan Ke-71 Tahun.
August 17th, 2016 | 11:14 AM | 1367 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Rabu, 17 Ogos. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Dato Laila Utama Joko Widodo serta kerajaan dan rakyat Republik Indonesia bersempena dengan Hari Kemerdekaannya ke-71 Tahun.
Di dalam perutusan kepada TYT Dato Laila Utama Joko Widodo itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menzahirkan rasa amat gembira dengan hubungan silaturahim dan persahabatan yang erat di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Indonesia, dalam mana Baginda berpuas hati dengan kesepakatan yang telah dicapai dan yakin hubungan mesra ini akan terus berkekalan dan akan dipertingkatkan lagi pada masa-masa yang akan datang, khusunya di peringkat dua-hala, serantau dan antarabangsa.
Pada mengakhiri perutusan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga Tuan Yang Terutama, Datin Ibu Hajah Iriana serta Kerajaan dan seluruh rakyat Republik Indonesia akan sentiasa dalam perlindungan-Nya jua.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Siaran Akhbar JPM
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]