FacebookInstagramTwitterContact

 

BIBD Awareness Campaign           >>           Depart for SEAYLP in the United States           >>           Raya Packet Recycling Drive           >>           No More Ash Clouds over Brunei Darussalam's Airspace           >>           'Appreciate and Be Grateful for the Blessings of Water'           >>           Conversion Ceremony           >>           Tree Planting Initiative           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Spacex Launches Starlink Satellites On Company's 40th Mission Of 2024 (Video)           >>           Blizzard takes aim at Overwatch 2 console cheaters           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


YTM Adakan Perjumpaan, Lawatan Muhibah


YANG Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah berkenan berangkat mengadakan perjumpaan dengan Pemangku Menteri Pendidikan (Sekolah) dan Menteri Negara Kanan, Kementerian Pengangkutan, Tuan Yang Terutama Dato Paduka Seri Ng Chee Meng

 


 August 18th, 2016  |  10:44 AM  |   1291 views

SINGAPURA

 

Rabu, 17 Ogos. - Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah lewat pagi ini berkenan berangkat mengadakan perjumpaan dengan Pemangku Menteri Pendidikan (Sekolah) dan Menteri Negara Kanan, Kementerian Pengangkutan, Tuan Yang Terutama Dato Paduka Seri Ng Chee Meng.

 

Keberangkatan tiba Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik di Kementerian Pendidikan Singapura dialu-alukan oleh Tuan Yang Terutama Pemangku Menteri Pendidikan (Sekolah) dan Menteri Negara Kanan, Kementerian Pengangkutan serta Timbalan Setiausaha (Dasar), Kementerian Pendidikan, Yang Mulia Tuan Lam Yi Young. Yang Teramat Mulia seterusnya berkenan mengadakan perjumpaan dengan TYT Pemangku Menteri Pendidikan (Sekolah) dan Menteri Negara Kanan, Kementerian Pengangkutan.

 

Sementara itu, pada sebelah petang pula, YTM seterusnya berkenan berangkat membuat lawatan muhibah ke SPRING, di mana keberangkatan tiba YTM dialu-alukan oleh Timbalan Ketua Eksekutif, SPRING, Yang Mulia Tuan Ted Tan.

 

Sejurus keberangkatan tiba, YTM dijunjung berangkat bagi mendengarkan sembah taklimat dan seterusnya melihat syarikat-syarikat yang baru beroperasi atau 'start-up companies' serta fasiliti-fasiliti yang terdapat di SPRING.

 

Lawatan pada petang tersebut diteruskan lagi dengan lawatan muhibah ke Lembaga Kemajuan Ekonomi Singapura.

 

Keberangkatan tiba YTM dialu-alukan oleh Presiden ASEAN, South Asia, Middle East and Oceania Operations, Lembaga Kemajuan Ekonomi Singapura, Yang Mulia Tuan Koh Jin Hoe sebelum dijunjung berangkat bagi mendengarkan sembah taklimat mengenai dengan sejarah dan latar belakang perkembangan ekonomi negara Singapura.

 

Manakala itu pada sebelah awal pagi, YTM dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah berkenan berangkat menyertai Morning Walk di Gardens by the Bay bersama Menteri Negara Kanan, Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Ehwal Luar Negeri dan Kementerian Pengangkutan, Puan Yang Terutama Josephine Teo.

 

Keberangkatan tiba YTM dan Yang Amat Mulia di Gardens by the Bay dialu-alukan oleh Menteri Kanan Negara, Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Ehwal Luar Negeri dan Kementerian Pengangkutan, Puan Yang Terutama Josephine Teo dan Ketua Pegawai Operasi, Gardens by the Bay, Yang Mulia Tuan Felix Loh.

 

Sejurus keberangkatan tiba, YTM dan YAM dijunjung berangkat melihat taman tersebut dan seterusnya YTM dijunjung menandatangani buku lawatan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Abdullah Asgar dari Republik Singapura

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17