Home > Sports
Politeknik Brunei Menang Bergaya, 3 - 1
AKSI perlawanan di antara IBTE dan Politeknik Brunei di Kejohanan Bola Sepak Universiti Brunei Darussalam 2021 yang berlangusng di Padang ‘A’, Kompleks Sukan UBD.
June 15th, 2021 | 09:27 AM |
934 views
TUNGKU LINK
Pasukan Politeknik Brunei (PB) menang bergaya setelah menewaskan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) dengan jaringan 3 - 1 pada Kejohanan Bola Sepak Universiti Brunei Darussalam (UBD) 2021 Antara Institusi-institusi Pengajian Tinggi, yang berlangsung di Padang ‘A’, Kompleks Sukan UBD, di sini.
Separuh masa pertama menyaksikan pasukan PB mendominasi perlawanan dengan jaringan gol pembukaan hasil sepakan Awang Muhammad Imaduddin bin Haji Abdul Rashid dalam beberapa saat sahaja setelah pengadil meniup wisel bagi memulakan perlawanan tersebut.
Pasukan PB menambah lagi gol kedua hasil rembatan Awang Md. Danial Zharfan bin Hussin pada minit ke-30, namun IBTE berjaya membolosi gawang pasukan PB selang seminit selepas itu hasil jaringan Awang Md. Noor Sherzaman bin Haji Hasan Ahmad, menjadikan jurang gol 1 - 2.
Pada minit ke-35, gawang IBTE sekali lagi digegarkan apabila sepakan Awang Abd. Hanan bin Haji Abas membuahkan hasil, sekali gus menambah lagi satu gol bagi pasukan PB.
Di separuh masa kedua, menyaksikan kedua-dua pasukan saling berentap untuk menambah jaringan, namun pertahanan kedua-dua pasukan tidak goyah dan kerap kali menggagalkan percubaan membolosi bola ke pintu gawang sehingga wisel penamat dibunyikan.
Perlawanan seterusnya akan menyaksikan Micronet International College (MIC) menentang Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) pada Selasa, 15 Jun 2021, bermula jam 4.00 petang di tempat yang sama.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]