FacebookInstagramTwitterContact

 

Netflix: Profits Soar After Password Sharing Crackdown           >>           Post Office Victim Calls For Lawyer To Be Removed From Horizon Redress Scheme           >>           Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Sports


  Home > Sports


MIC Tewas Di Tangan KUPU SB


ANTARA aksi perlawanan bolasepak di antara Micronet International College (MIC) dan KUPU SB.

 


 June 16th, 2021  |  10:26 AM  |   677 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Pasukan Micronet International College (MIC) terpaksa akur setelah tewas di tangan pasukan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) dengan kiraan 4 – 7 pada perlawanan yang berlangsung di Padang ‘A’, Kompleks Sukan Universiti Brunei Darussalam (UBD) di sini.

 

Seawal minit kedua permainan, MIC menggegarkan gawang KUPU SB melalui jaringan pemain Muhammad Arif.

 

Namun kegembiraan MIC itu hanya sementara apabila KUPU SB mengatur serangan dan berjaya membolosi gawang MIC pada minit ke-14 melalui Muhammad Faez dan Azizi Hamid pada minit ke-22.

 

MIC terus bangkit, memberikan asakan bertubi-tubi sekali gus berjaya menjaringkan gol kedua mereka pada minit ke-26 sekali lagi melalui Muhammad Arif.

 

Selang dua minit selepas gol ketiga MIC, KUPU SB menghadiahkan MIC gol ketiga dan keempat mereka melalui Abdul Hadi Azhar dan Mohd. Amirul Hafizan pada minit ke-38.

 

Beberapa minit sebelum separuh masa pertama berakhir, KUPU SB terus mengasak gawang MIC dan berjaya menjaringkan gol kelima pada minit ke-41 melalui hasil rembatan Salahuddin Al-Ayubi.

 

Pada separuh masa kedua, menyaksikan kedua-dua pasukan saling berentap untuk menambah jaringan, namun pertahanan kedua-dua pasukan tidak goyah dan kerap kali menggagalkan percubaan membolosi bola ke pintu gawang sehingga pada minit ke-51 dan ke-72 di mana KUPU SB menambah lagi jaringan ke enam dan tujuh mereka menerusi hasil jaringan Mohd. Aiman dan Azizi Hamiz.

 

Perlawanan seterusnya akan menyaksikan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)  menentang Kolej International Graduate Studies College (KIGS) pada Rabu, 16 Jun 2021, bermula jam 4.00 petang di tempat yang sama.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Netflix: Profits Soar After Password Sharing Crackdown

 2024-04-19 23:25:28