FacebookInstagramTwitterContact

 

Blueberries Found To Reduce CVD Risk By Up To 20 Percent           >>           Natural Treatment For Rheumatoid Arthritis: Research Shows Yoga Can Relieve Physical And Psychological Symptoms           >>           The Sweetest-Smelling City In The World Might Surprise You           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>           Depart for SEAYLP in the United States           >>           Raya Packet Recycling Drive           >>           No More Ash Clouds over Brunei Darussalam's Airspace           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Sports


  Home > Sports


PES Berpesta Gol


ANTARA aksi perlawanan di antara pasukan Syah Kampong dan OKPAKSI perlawanan di antara pasukan Shah United dan CreativolANTARA aksi perlawanan di antara pasukan Syah Kampong dan OKP

 


 June 19th, 2021  |  10:42 AM  |   749 views

BERAKAS

 

Liga Futsal Brunei 2021 yang diadakan di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah malam tadi menyaksikan dua lagi perlawanan dilangsungkan dalam Kumpulan ‘A’ dan ‘B’.

 

Kumpulan ‘A’ menyaksikan Shah United menentang Creativol manakala OKP bertemu dengan PES pada Kumpulan ‘B’.

 

Pada perlawanan awal di antara OKP dan PES, PES telah memperlihatkan kehebatannya apabila berpesta gol setelah menewaskan OKP dengan jaringan 15 - 0.

 

Manakala pendahulu liga dalam Kumpulan ‘A’, Shah United pula berjaya mengumpul tiga mata penuh setelah menundukkan pihak lawannya Creativol dengan jaringan 3 – 0.

 

Ketua Jurulatih Pasukan OKP, Awang Haji Khairul Ariffin bin Haji Abd Aji ketika ditemui sejurus perlawanan menjelaskan, walaupun tidak beroleh sebarang jaringan, namun prestasi keseluruhan permainan malam ini adalah lebih baik daripada dua ‘game’ terdahulu, terutamanya melihat kepada permainan dalam suku kedua perlawanan berkenaan.

 

“Kami masih perlu memperbaiki dan meningkatkan mutu latihan selepas ini, kerana dari segi taktikal dilihat belum lagi ‘mesra’, kerana di dalam pasukan ini ada yang sudah sememangnya pemain futsal dan ada yang belum pemain, jadi kami berharap para pemain akan dapat membawa yang belum pemain untuk lebih memahami cara permainan futsal ini dan sebagainya dan juga turut menjalani latihan tiga hingga empat kali dalam seminggu," ujarnya.

 

Ketika ditanya tentang latihan bagi pasukannya yang merupakan pemain yang terdiri daripada Orang Kurang Pendengaran, beliau menjelaskan memang mempunyai cabaran dalam melatih para pemain OKP di mana beliau perlu menjalani kursus Bahasa Isyarat dan mempelajari segala asas-asas sebelum menjadi jurulatih bagi pasukannya.

 

Secara peribadi beliau berharap agar para pemainnya akan dapat menimba lebih banyak lagi pengalaman daripada perlawanan-perlawanan yang diadakan sekali gus dapat meningkatkan mutu permainan dan belajar daripada kesilapan.

 

Mewakili pasukannya beliau turut melahirkan penghargaan kepada Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Brunei Darussalam (NFABD) kerana menjemput pasukan OKP sebagai pasukan jemputan mengikuti liga ini sekali gus dapat memberikan pendedahan kepada para pemain bermain di peringkat kebangsaan.

 

Perlawanan Liga Futsal Brunei 2021 akan diteruskan lagi pada 19 Jun iaitu perlawanan dalam Kumpulan B di antara Kasuka & Ar Rawda menentang Arbisyam FC bermula 7.00 malam di Dewan Gerak Badan, Bolkiah Garrison.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17