Home > Sports
3PML Menang Menentang Bamit FC
ANTARA aksi menarik pada perlawanan tersebut.
June 19th, 2021 | 10:44 AM |
768 views
TUTONG
Pasukan 3PML (Persatuan Melayu Lamunin) berjaya menewaskan pasukan Bamit FC dengan 3-2 pada perlawanan Liga Persatuan Bola Sepak Amatur Daerah Tutong (TDAFA) yang berlangsung di Kompleks Sukan Tutong, di sini.
Pada babak pertama perlawanan, menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun pasukan 3PML bijak mengatur serangan dan berjaya mengejutkan gawang pihak lawan dengan jaringan gol seawal minit ke-4 menerusi Muhd. Ari Saizulfadli.
Namun pasukan Bamit FC berjaya menyamakan kedudukan dengan sepakan gol dari Khairul Azim pada minit ke-14.
Aksi 3PML semakin kencang membuat serangan untuk menggandakan jaringannya melalui Abang Muhd Fakhri apabila berjaya sekali lagi membolos gawang pihak lawan pada minit yang ke-37 dan minit ke-45.
Namun ia tidak mematahkan semangat pasukan Bamit FC apabila Roswandi turut menjaringkan gol kedua bagi Bamit FC pada minit ke-61 separuh masa kedua dan menjadikan keputusan 3-2 dan keputusan kekal hingga ke wisel penamat.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]