Home > Sports
Tutong Hotspurs Benam TDAFA U20, 5 - 0
AKSI perlawanan tutong hotspurs (maroon jersi) vs TDAFA U20 (jersi kuning)
June 21st, 2021 | 10:05 AM | 934 views
TUTONG
Pasukan Tutong Hotspurs berpesta gol setelah menewaskan pasukan TDAFA U20 dengan jaringan 5 - 0 pada Perlawanan Liga Persatuan Bola Sepak Amatur Daerah Tutong (TDAFA) yang berlangsung di Padang Kompleks Sukan Tutong, di sini.
Gol pertama Tutong Hotspurs hasil sumbangan Muhd Syamin yang beraksi cemerlang pada awal perlawanan iaitu pada saat ke-7 dan gol kedua bagi Tutong Hotspurs ditambah lagi pada minit ke-8 oleh pemain Abu Bakar.
Kubu pertahanan pasukan TDAFA U20 yang ternyata lemah memberi peluang kepada Tutong Hotspurs untuk menguasai permainan dengan begitu cemerlang.
Tutong Hotspurs terus sahaja mendominasi perlawanan dan sekali lagi menghasilkan gol ketiganya melalui hasil tendangan Muhd Syamin pada minit ke-32.
Selang empat minit kemudian Nurasymawi menambahkan gol keempat Tutong Hotspurs pada minit ke-36.
Babak kedua perlawanan, TDAFA U20 terus berputih mata apabila Ampuan Muhd Edy terus membolosi gawang TDAFA U20 melalui gol kelima Tutong Hotspurs pada minit ke-66.
Keputusan kekal hingga ke wisel penamat.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]