FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating An Avocado Every Day Dramatically Reduces Your Risk Of Metabolic Syndrome           >>           The Mighty BLUEBERRY, A Superfruit With Anticancer Properties           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Ray-Ban Meta smart glasses do the AI thing without a projector or subscription           >>           Senate passes bill that could ban TikTok           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits           >>           Inter Miami Signs Paraguay Midfielder Matías Rojas           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Sports


  Home > Sports


BIBD SRC Berjaya Menundukkan GG FT, 1 - 0


ANTARA aksi perlawanan Brunei Futsal League 2021 di antara Pasukan BIBD SRC menentang GG FT berlangsung di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.

 


 June 28th, 2021  |  08:41 AM  |   708 views

BERAKAS

 

Pasukan BIBD SRC dan Creativol masing-masing berjaya mengutip tiga mata penuh pada persaingan Liga Futsal Brunei 2021 dalam Kumpulan ‘A’ yang berlangsung malam kelmarin di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, di sini.

 

Perlawanan awal menyaksikan BIBD SRC berjaya menundukkan GG FT dalam persaingan sengit yang berkesudahan 1 – 0.

 

Pengiran Anaqi Sufi sekali lagi menjadi wira bagi pasukannya apabila berjaya menjaringkan gol tunggal bagi BIBD SRC yang hadir pada minit ke-37 separuh masa kedua.

 

Separuh masa pertama memperlihatkan kehebatan kedua-dua pasukan yang tampil mempersembahkan aksi kombinasi permainan yang menarik namun sukar mencari ilham untuk merobek gawang masing-masing sehingga perlawanan babak pertama berakhir tanpa jaringan.

 

Sebelum mencipta kemenangan, pasukan BIBD SRC diberi ujian getir oleh pemain-pemain GG FT yang berjaya menayangkan permainan yang baik dengan asakan-asakan pantas dan hampir menggegarkan gawang pihak lawan namun peluang menyamakan kedudukan masih belum mempunyai penyudahnya.

 

Ketua Jurulatih BIBD SRC, Awang Faizul Jefry memuji permainan yang dipersembahkan oleh anak-anak didiknya yang cukup berdisiplin dan menerima arahan dengan baik.

 

“Walaupun mempunyai banyak peluang, namun kami bersyukur dengan jaringan 1- 0 yang membolehkan kami meraih tiga mata penuh. InsyaaAllah bagi persediaan perlawanan akan datang, kami akan cuba memperbaiki lagi latihan dan mutu permainan,” jelasnya yang turut memuji permainan pihak lawan yang dianggap sebagai ‘solid’ dan cukup berdisiplin.

 

Hadir menyaksikan perlawanan tersebut ialah Presiden Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Brunei Darusaslam (NFABD), Pengiran Haji Matusin bin Pengiran Haji Matasan.

 

Sementara itu, pada perlawanan kedua malam tadi, Creativol membuktikan kesungguhan untuk bangkit mengubat luka daripada kekalahan perlawanan sebelum ini apabila berjaya mengatasi Qahar FT dengan jaringan 3 – 1.

 

Pemain-pemain muda didikan Jurulatih, Qasmal Ghani itu berjaya menampilkan permainan yang menarik untuk menjinakkan Qahar FT.

 

Sebaik wisel separuh masa pertama dimulakan, pasukan Creativol mengawal permainan dengan beberapa siri percubaan sehingga El-Afiq Syahmi Muslim menyumbat gol pertama pasukannya pada minit ke-14 yang gagal didakap kemas oleh penjaga gol Qahar FT.

 

Selang dua minit kemudian, penyokong-penyokong Creativol kembali berpesta apabila giliran Aswin Gurung menjaringkan gol kedua bagi pasukannya pada minit ke-16.

 

Ketinggalan jaringan, Qahar FT mengintai peluang untuk mencari jaringan dan asakan yang cukup berkesan memberi ruang kepada Abdul Wafiy Mohsin untuk mencipta gol tunggal pasukannya pada minit ke-19.

 

Anak didik Md Sufri Tanjong menukar rentak permainan di babak kedua dengan melakukan serangan-serangan bertali arus tetapi beberapa peluang terhidang di depan mata terlepas begitu sahaja

 

Faez Zakaria menghadiahkan gol kemenangan bagi Creativol pada minit ke-25 sekali gus mempertahankan kedudukan pasukannya di empat tangga teratas liga dalam Kumpulan ‘A’.

 

Ketua Jurulatih Creativol, Qasmal Ghani memanjatkan rasa syukur atas kemenangan tersebut dan memuji para pemain pihak lawan, Qahar FT yang telah memberikan saingan yang cukup hebat kepada pasukannya.

 

Qahar FT ujarnya turun dengan taktik permainan mereka sendiri, yang sudah diduga lebih-lebih lagi di bawah bimbingan jurulatih yang berpengalaman seperti Sufri Tanjong.

 

“Apa yang kami kerjakan dalam latihan selepas perlawanan kedua menentang Shah Utd, para pemain mengikuti dan menerapkannya pada perlawanan sebelumnya. Pemain saya sering menunjukkan peningkatan dan sebagai sebuah pasukan, kami tahu bahawa kami boleh menyasarkan untuk menjadi lebih baik dan meraih lebih banyak pengalaman seperti malam ini,” terangnya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits

 2024-04-24 09:57:39