Home > Sports
Cosmo Tumpaskan Micronet
AKSI perlawanan di antara pasukan Cosmo (jersi kuning berpalang biru ) berlawan pasukan Micronet ( jersi biru muda ) pada Kejohanan Bola Sepak Universiti Brunei Darussalam (UBD) 2021 Antara Institusi-institusi Pengajian Tinggi yang berlangsung di Padang
June 29th, 2021 | 09:43 AM | 547 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pasukan Cosmo berjaya menumpaskan pasukan Micronet dengan jaringan 2 - 0 pada Kejohanan Bola Sepak Universiti Brunei Darussalam (UBD) 2021 Antara Institusi-institusi Pengajian Tinggi bagi Kumpulan ‘A’.
Sebaik sahaja wisel dibunyikan pada separuh masa pertama dimulakan, kedua-dua pasukan bersaing kuat untuk menyelamatkan gawang masing-masing daripada serangan pihak lawan walaupun keadaan Padang Kompleks Sukan UBD basah dan sedikit berlumpur akibat hujan.
Pasukan Cosmo mendahului mata jaringan yang dilakukan oleh pemain jersi 20, Md. Alin Syahmi bin Hossaini pada minit ke-28, sekali gus merubah kedudukan menjadi 1 - 0.
Di separuh masa kedua disambung dengan aksi permainan yang semakin ligat dengan saling berbalas serangan.
Namun pasukan Cosmo tetap tidak memberi peluang kepada pasukan Micronet apabila berjaya menambah satu lagi gol melalui pemain jersi 20, Md. Alin Syahmi pada minit ke-47 dan kedudukan kekal 2 - 0 sehingga wisel penamat dibunyikan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]