Home > Sports
KUPU SB Akur Tewas Di Tangan IBTE
AKSI perlawanan diantara IBTE dan KUPU SB.
July 1st, 2021 | 13:15 PM | 737 views
TUNGKU LINK
Pasukan teratas Kumpulan ‘A’ Kejohanan Bola Sepak Universiti Brunei Darussalam (UBD) 2021 Antara Institusi-institusi Pengajian Tinggi, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), terpaksa akur setelah tewas tipis di tangan pasukan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) dengan jaringan 1 - 2 pada kejohanan yang berlangsung di Padang ‘A’, Kompleks Sukan UBD, di sini.
Separuh masa pertama menyaksikan pasukan IBTE mendahului perlawanan apabila kubu pasukan KUPU SB digegarkan menerusi sepakan Muhd. Rahimin bin Abd. Ghani pada minit ke-6 untuk mendahului 0 - 1.
Pasukan IBTE menambah lagi gol kedua hasil rembatan Shah Rizan bin Haji Md. Reymoon pada minit ke-25 dan jaringan 0 - 2 kekal hingga tamat separuh masa pertama perlawanan.
Pada separuh masa kedua, menyaksikan kedua-dua pasukan bertubi-tubi untuk menambah jaringan dan melakukan beberapa serangan bahaya, namun pasukan KUPU SB berjaya membolos gawang pihak lawan pada minit ke-70 hasil sepakan penalti Salahuddin Al-Ayubi bin Haji Abas untuk menjadikan kedudukan 1 - 2.
Meskipun asakan demi asakan dilakukan ke benteng pasukan IBTE, namun nasib tidak menyebelahi pasukan KUPU SB apabila kedudukan 1 - 2 kekal hingga pengadil membunyikan wisel penamat.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]