FacebookInstagramTwitterContact

 

Gotham FC Signs Germany Goalkeeper Ann-Katrin Berger From Chelsea           >>           Vitesse Docked 18 Points, Relegated Amid Probe Of Abramovich Ties           >>           12 Health Benefits Of Drinking Elderberry Tea           >>           Blueberries Found To Reduce CVD Risk By Up To 20 Percent           >>           Natural Treatment For Rheumatoid Arthritis: Research Shows Yoga Can Relieve Physical And Psychological Symptoms           >>           The Sweetest-Smelling City In The World Might Surprise You           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Sports


  Home > Sports


MS ABDB Tewaskan DDT FT, 5-0


ANTARA aksi menarik perlawanan diantara pasukan ABDB (Jersi Merah Hitam) menentang pasukan Dermaga Daerah Temburong (Jersi kuning Hitam)

 


 July 8th, 2021  |  09:47 AM  |   669 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Pasukan MS ABDB mengekalkan rekod tanpa kalah  selepas menang dengan mudah ke atas pasukan DDT FT dengan jaringan 5 - 0 dalam kumpulan B Perlawanan Liga Futsal Brunei 2021 (BFL 2021), yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Bolkiah Garrison, di sini.

 

Gol hatrik MS ABDB dijaringkan oleh LS Awangku Md. Jumatatul Aleshahrezan bin Pengiran Metali, manakala Sarjan (U) Md. Zairul Hazmin bin Abd. Saifuddin dan Koperal Suzzeimi bin Haji Yahya, masing-masing menjaringkan satu gol bagi MS ABDB.

 

Pada separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, namun nasib lebih berpihak kepada MS ABDB apabila LS Awangku Md. Jumatatul Aleshahrezan berjaya membuka jaringan perlawanan seawal minit ke-3 untuk mendahului DDT FT dengan jaringan 1 - 0.

 

Selang tujuh minit kemudian, Sarjan (U) Md. Zairul Hazmin berjaya menggegarkan gawang DDT FT untuk menambah satu lagi gol bagi MS ABDB untuk mendahului dengan jaringan 2 - 0.

 

MS ABDB terus memberikan tekanan kepada DDT FT apabila sepakan Koperal Suzzeimi gagal diselamatkan oleh penjaga gol DDT FT untuk kedudukan 3 - 0, di minit ke-13.

 

Seminit sebelum babak pertama tamat, LS Awangku Md. Jumatatul Aleshahrezan kemudiannya menjaringkan gol kedua beliau bagi MS ABDB, pada minit ke-19 untuk mengukuhkan kedudukan dengan jaringan 4 - 0.

 

Separuh masa kedua perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan saling membuat asakan bertali arus ke kubu masing-masing untuk mengubah kedudukan jaringan semasa dengan melakukan beberapa serangan bahaya, namun, pada minit ke-35 perlawanan, gol hatrik LS Awangku Md. Jumatatul Aleshahrezan memberikan suntikan semangat kepada barisan pertahanan MS ABDB untuk mempertahankan kedudukan tersebut hingga pengadil perlawanan meniupkan wisel penamat dengan MS ABDB membawa mata penuh dengan mengalahkan DDT FT dengan jaringan 5 - 0.

 

Dengan keputusan tersebut, pasukan MS ABDB berjaya mengutip 9 mata bersama-sama dengan pasukan Arbisyam namun jumlah jaringan memisahkan pasukan tentera itu untuk berada di tangga ke dua dalam Kumpulan B BFL 2021.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17