Home > Sports
Tutong Hotspurs Benam DPS Ukong 7-1
ANTARA aksi pada perlawanan di antara pasukan Tutong Hotspurs (jersi maroon), manakala pasukan DPS Ukong (jersi biru kuning).
July 12th, 2021 | 18:41 PM |
679 views
TUTONG
Pasukan Tutong Hotspurs menang bergaya selepas berjaya menewaskan DPS Ukong dengan 7-1 pada perlawanan Liga Persatuan Bola Sepak Amatur Daerah Tutong (TDAFA) yang berlangsung di Padang Kompleks Sukan Tutong, di sini.
Gol pertama Tutong Hotspurs disumbangkan oleh Mohd Zaizul Maun pada minit ke-4. Selang enam minit kemudian, Reniel Ruani menjaringkan gol bagi Tutong Hotspurs pada minit ke-10.
Seterusnya pada minit ke-18 dan minit ke-21 masing-masing jaringan gol berjaya dihasilkan oleh Muhd Fathurrahman dan Pengiran Md. Shaharnee bagi Tutong Hotspurs.
Kemudian pada minit ke-27, DPS Ukong menarik nafas lega apabila Samsulanam Sipawih berjaya menjaringkan gol sulung bagi pasukan berkenaan.
Tutong Hotspurs kembali menyumbangkan gol hasil aksi Muhd Syamim Hakime pada minit ke-38. Ketika ini, harapan DPS Ukong untuk memenangkan perlawanan sudah tidak ada harapan lagi, pemain DPS Ukong perlu menukar corak permainan agar dapat mengatasi Tutong Hotspurs.
Namun harapan tersebut musnah apabila Emran Yaakub berjaya menjaringkan gol bagi Tutong Hotspurs pada minit ke-69 hasil sepakan penalti yang diberikan kepada beliau.
Pada minit ke-88, hasil sepakan penalti yang disumbangkan oleh Hairul Azman dari Tutong Hotspurs berjaya menembusi gawang gol DPS Ukong. Perlawanan berakhir dengan mata 7-1 sehingga pengadil meniupkan wisel penamat.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]