Home > Sports
3 Gol Pastikan Kemenangan Buat PB
ANTARA aksi Kolej Perdagangan dan Teknologi Cosmopolitan (CCCT) (jersi biru kuning) menentang Politeknik Brunei (PB) (jersi merah hitam) pada Kejohanan Bola Sepak Universiti Brunei Darussalam (UBD) 2021 Antara Institusi-instiusi Pengajian Tinggi.
July 14th, 2021 | 10:48 AM | 1169 views
TUNGKU LINK
Pasukan Kolej Perdagangan dan Teknologi Cosmopolitan (CCCT) tewas di tangan pasukan Politeknik Brunei (PB) dengan keputusan 1 - 3, pada Perlawanan 18, Kejohanan Bola Sepak Universiti Brunei Darussalam (UBD) 2021 Antara Institusi-institusi Pengajian Tinggi.
Perlawanan berlangsung di Padang 'A', Kompleks Sukan UBD, di sini.
Pada separuh masa pertama perlawanan, PB berjaya memperoleh gol pertama menerusi jaringan Abdul Hanan bin Haji Abas, pada minit ke-17.
PB sekali lagi menggegarkan gawang CCCT melalui jaringan Md. Amirrahimi bin Abdul, pada minit ke-29.
Selang lima minit kemudian, pemain PB, Awangku Abu Dzar bin Pengiran Zaidi menambah satu lagi jaringan buat PB untuk mendahului dengan selesa dengan jaringan, 0 - 3.
Di separuh masa kedua, CCCT akhirnya berjaya memperoleh gol saguhati perlawanan menerusi jaringan Mohd. Ady Aiman bin Haji Noorarjrin, pada minit ke-64. Perlawanan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada PB dengan jaringan 1 - 3.
Perlawanan akhir bagi Kumpulan 'A' tersebut menempatkan PB sebagai naib johan, di belakang Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) selaku johan Kumpulan 'A'.
Perlawanan seterusnya bagi Kumpulan 'B' akan diadakan pada Sabtu, 17 Julai 2021, bakal menyaksikan pasukan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) bakal berentap menentang pasukan Universiti Teknologi Brunei (UTB), jam 4.00 petang, di tempat yang sama.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]