Home > Sports
Bakes FC Tundukkan Panchor Murai FC
ANTARA aksi perlawanan di antara pasukan Bakes FC (Hitam) bertemu dengan pasukan Panchor Murai FC (Hijau/Kuning) di padang NFABD Berakas.
July 17th, 2021 | 09:24 AM |
986 views
BERAKAS
Pasukan Panchor Murai FC terpaksa akur dengan kekalahan mereka apabila tewas di tangan pasukan Bakes FC dengan keputusan jaringan 1 - 3 dalam Kejohanan Bola Sepak Belia Di Bawah 18 Tahun, Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (FABD), yang di adakan di Padang FABD, di sini.
Pada separuh masa pertama perlawanan, Bakes FC memperoleh gol pertama menerusi jaringan Maarif pada minit ke-15.
Manakala Panchor Murai FC menjaringkan gol pertama menerusi jaringan Mohd. Aiman pada minit ke-37.
Pada separuh masa kedua, Bakes FC berjaya menggandakan gol melalui sepakan Muhammad Azrol pada minit ke-70.
Kemudian, pada minit ke-75, Bakes FC sekali lagi berjaya menjaringkan gol ketiganya menerusi jaringan Muhammad Rahmat.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]