FacebookInstagramTwitterContact

 

Gotham FC Signs Germany Goalkeeper Ann-Katrin Berger From Chelsea           >>           Vitesse Docked 18 Points, Relegated Amid Probe Of Abramovich Ties           >>           12 Health Benefits Of Drinking Elderberry Tea           >>           Blueberries Found To Reduce CVD Risk By Up To 20 Percent           >>           Natural Treatment For Rheumatoid Arthritis: Research Shows Yoga Can Relieve Physical And Psychological Symptoms           >>           The Sweetest-Smelling City In The World Might Surprise You           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Sports


  Home > Sports


DPMM FC U15 Ungguli Tangga Teratas Kumpulan 'B'


AKSI Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim semasa menyertai pasukan DPMM FC menentang IKLS-MB5 FC

 


 July 17th, 2021  |  10:49 AM  |   1021 views

JERUDONG

 

Pasukan DPMM FC terus mengekalkan rekod tanpa kalah dalam Kumpulan 'B' bagi Liga Belia Kebangsaan Bawah 15 Tahun (U15) 2021, setelah menang selesa ke atas pasukan IKLS-MB5 FC, dengan jaringan 7 - 3, yang berlangsung di Jerudong Park Mini Stadium, di sini.

 

Berangkat menyertai DPMM FC, cucunda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah; dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak 'Abdul Haseeb bin Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim.

 

Jaringan pembukaan DPMM FC dihasilkan oleh Pengiran Anak 'Abdul Muta'ali Haziq Hamidullah bin Pengiran Anak Haji 'Ali Yil Kabier, pada minit ke-5 perlawanan.

 

Selang tujuh minit kemudian, pemain IKLS-MB5 FC, Md. Fakhri membuat kesilapan apabila menjaringkan gol ke gawang sendiri, sekali gus menambah jaringan buat DPMM FC untuk mendahului IKLS-MB5 FC dengan jaringan 2 - 0.

 

Gawang IKLS-MB5 FC bolos lagi pada minit ke-18 setelah pemain DPMM FC, Md. Azrin Danial berjaya menjaringkan gol ketiga hingga tamat separuh masa pertama.

 

Separuh masa kedua perlawanan menyaksikan DPMM FC terus mendominasi perlawanan apabila sepakan Md. Akram Waqeel gagal diselamatkan oleh penjaring gol IKLS-MB5 FC untuk terus mendominasi perlawanan dengan kedudukan 4 - 0, pada minit ke-38.

 

Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim terus menambah gol buat DPMM FC apabila berjaya menjaringkan gol ke gawang IKLS-MB5 FC pada minit ke-44 untuk DPMM FC mendahului dengan jaringan 5 - 0.

 

DPMM FC menambah lagi cetakan gol, kini melalui jaringan Zarif Muzaffar, pada minit ke-50 perlawanan dan selang lima minit kemudian, gawang IKLS-MB5 FC terus dibolosi, kini melalui sepakan Md. Akram Waqeel untuk terus mengukuhkan kedudukan DPMM FC dengan jaringan, 7 - 0.

 

Meskipun ketinggalan 7 - 0, IKLS-MB5 FC tetap bersemangat juga terus berusaha untuk membolosi gawang DPMM FC dan akhirnya berjaya menjaringkan gol pertama, hasil jaringan Md. Faiz Darwisy, pada minit ke-57 perlawanan.

 

IKLS-MB5 FC menambah gol kedua melalui sepakan Hariz Raziq, pada minit ke-60 perlawanan; dan Md. Noor Haswan berjaya mencipta gol ketiga di masa kecederaan perlawanan.

 

Kedudukan 7 - 3 kekal hingga pengadil meniup wisel penamat perlawanan dan memberikan kemenangan mutlak buat DPMM FC untuk membawa pulang tiga mata penuh perlawanan.

 

Dengan keputusan tersebut, DPMM FC kekal mengungguli tangga teratas Kumpulan 'B' bagi Liga Belia Kebangsaan U15 2021.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17