Home > Sports
UNISSA Menumpaskan UTB, 2 - 0
ANTARA aksi perlawanan bolasepak di antara UNISSA dan UTB
July 18th, 2021 | 11:01 AM |
851 views
TUNGKU LINK
Gerakan pantas dan mantap dari pasukan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) berjaya menumpaskan pasukan Universiti Teknologi Brunei (UTB) dengan jaringan 2 - 0 pada Kejohanan Bola Sepak Universiti Brunei Darussalam (UBD) 2021 Antara Institusi-institusi Pengajian Tinggi bagi Kumpulan ‘B’.
Sebaik sahaja wisel dibunyikan pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan bersaing kuat untuk menyelamatkan gawang masing-masing daripada serangan.
Pasukan UNISSA mendahului mata jaringan yang dilakukan oleh Mohd. Ijlal Hatim bin Haji Md. Yunos seawal minit ke-5, sekali gus merubah kedudukan menjadi 1 – 0.
Tetap tidak berpuas hati, pasukan UNISSA berjaya menambah satu lagi gol melalui Awang Waqiuddin bin Awang Haji Yusri pada minit ke-15.
Pada separuh masa kedua disambung dengan aksi permainan yang semakin ligat dengan saling berbalas serangan namun kedua pasukan tetap bertahan mengawal kubu masing-masing dan kedudukan kekal 2 – 0 sehingga wisel penamat dibunyikan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]