Home > Sports
BDTTA Gilap Bakat Baharu
ANTARA aksi pada Kejohanan BDTTA Junior (Edisi Sekolah-Sekolah Brunei) yang berlangsung di Kompleks Sukan Menglait.
July 23rd, 2021 | 09:52 AM | 2033 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Persatuan Pingpong Brunei Darussalam (Brunei Darussalam Table Tennis Association - BDTTA), baru-baru ini, mengadakan Kejohanan BDTTA Junior (Edisi Sekolah-Sekolah Brunei), berlangsung selama dua hari, bermula pada 11 Julai dan 18 Julai 2021, bertempat di Kompleks Sukan Menglait.
Sebanyak lapan buah sekolah menyertai kejohanan tersebut, iaitu Sekolah Menengah (SM) Chung Hwa, Bandar Seri Begawan; Sekolah St. George's; SM Menglait; SM Saidina Hasan; Sekolah Riverside, Kampung Sungai Matan, Pintu Malim; Sekolah St. Andrew's; dan SM Chung, Kuala Belait.
Tiga kategori dipertandingkan semasa kejohanan berkenaan, termasuk Kategori Umur 12 Tahun Ke Bawah; Umur 15 Tahun Ke Bawah; dan Umur 18 Tahun Ke Bawah, dibahagikan kepada acara perseorangan, beregu dan beregu campuran.
Kejohanan turut disertai oleh lebih 20 guru bagi memberikan peluang kepada mereka untuk dikenali.
Pada kejohanan tersebut, salah seorang peserta, berumur 9 tahun, menyertai Kategori Umur 18 Tahun Ke Bawah bagi menimba pengalaman untuk pembangunan masa depan.
Hadir selaku tetamu kehormat, Pemangku Pengarah Jabatan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, Awang Mohammad Nor Ilham bin Haji Jais.
Tujuan Kejohanan BDTTA Junior (Edisi Sekolah-Sekolah Brunei) diadakan adalah untuk membawa lebih ramai pemain muda yang berpotensi untuk dikembangkan dan berpeluang mewakili Negara Brunei Darussalam pada pertandingan antarabangsa yang akan datang.
BDTTA diiktiraf sebagai Persatuan Pingpong rasmi dari Negara Brunei Darussalam oleh Persekutuan Pingpong Antarabangsa (ITTF).
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]