FacebookInstagramTwitterContact

 

These Highly Effective Alternatives To Toxic Medication Help Beat Depression           >>           Study Highlights The Vast Medicinal Properties Of The Popular Spice Saffron           >>           Physically Healthy 28-Year-Old Dutch Woman With Autism And Depression Given Approval To End Her Life Through Assisted Suicide           >>           Haunted Holiday Home Horror As Tourists Left Screaming By 'Ghosts' Moving Picture Frames           >>           'A Reckless Kid Ruined My Car Door - His Mum's Response Left Me Gobsmacked'           >>           Olivia Wilde And Jason Sudeikis' 10-Year-Old Son Otis Is All Grown Up In Rare Photo           >>           Why Anne Hathaway Says Kissing Actors In Chemistry Tests Was So "Gross"           >>           NASA's Voyager 1 Spacecraft Finally Phones Home After 5 Months Of No Contact           >>           Meta opens Quest OS to third parties, including ASUS and Lenovo           >>           Newsletter service Ghost will support the fediverse protocol ActivityPub           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Sports


  Home > Sports


Kasuka FC Benam Bakes FC


ANTARA aksi perlawanan Bakes FC dan Kasuka FC dalam Liga Super Brunei berlangsung di Padang dan Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah

 


 July 26th, 2021  |  12:06 PM  |   4991 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kasuka FC berpesta gol apabila membenam Bakes FC dengan jaringan 9 - 0, pada siri perlawanan Liga Super Brunei 2021, yang berlangsung di Padang dan Belapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, di sini.

 

Pemain-pemain Kasuka FC, Taylor Leon Sullivan dan Andi Shunya, masing-masing berjaya menjaringkan empat gol, manakala satu gol dijaringkan oleh Eddy Omar.

 

Pada separuh masa pertama perlawanan, Taylor Leon Sullivan berjaya membuka tirai jaringan melalui sepakan yang disempurnakan dengan baik dengan menggegarkan pintu gawang Bakes FC, pada minit ke-10 untuk mendahului 1 - 0.

 

Kasuka FC sekali lagi menjaringkan gol apabila berjaya menembus pertahanan Bakes FC melalui sepakan Andi Shunya yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol Bakes FC, pada minit ke-28.

 

Satu lagi gol berjaya dihasilkan oleh Kasuka FC selang dua minit kemudian untuk mendahului Bakes FC dengan jaringan 3 - 0.

 

Pada minit ke-34 perlawanan, pemain penyerang Kasuka FC dari Liberia, Taylor Leon Sullivan menambah mimpi ngeri buat Bakes FC apabila beliau menambah gol perlawanan bagi memberikan keselesaan mendahului 4 - 0.

 

Selang lima minit kemudian, pintu gawang Bakes FC digegarkan sekali lagi dengan gol ke-5 Kasuka FC hasil sepakan Andi Shunya menjadikan kedudukan Kasuka FC 5 - 0 Bakes FC.

 

Kedudukan tersebut kekal hingga tamat separuh masa pertama perlawanan.

 

Separuh masa kedua perlawanan menyaksikan Kasuka FC terus mengawal rentak permainan dan melakukan serangan demi serangan, yang akhirnya membuahkan hasil dan berjaya menambah jaringan menerusi Taylor Leon Sullivan, pada minit ke-50.

 

Kasuka FC masih tidak berpuas hati dan berjaya menjaringkan gol pada minit ke-67 apabila sepakan Eddy Omar berjaya membolosi gawang Bakes FC untuk menjadikan kedudukan 7 - 0.

 

Taylor Leon Sullivan sekali lagi meletakkan nama beliau selaku penjaring pada perlawanan berkenaan apabila berhasil menjaringkan gol ke-8 buat Kasuka FC, pada minit ke-70.

 

Jejak pemain Kasuka FC, Taylor Leon Sullivan berkenaan diikuti oleh rakan sepasukan beliau, Andi Shunya apabila berjaya menjaringkan gol pada minit ke-79, seterusnya menambah luka Bakes FC ketinggalan 9 - 0.

 

Keputusan kekal hingga wisel ditiupkan oleh pengadil perlawanan untuk memberikan kemenangan mutlak kepada Kasuka FC dan membawa pulang tiga mata penuh hasil daripada perlawanan berkeaan.

 

Sementara itu, pada perlawanan berasingan Liga Super Brunei 2021 menyaksikan Jerudong FC terpaksa akur dengan kekuatan BSRC FC apabila tewas dengan jaringan 0 - 7.

 

Manakala, pada perlawanan di antara MS ABDB dan Indera SC; dan KB FC dan IKLS-MB5 FC, masing-masing berkesudahan seri dengan jaringan 0 - 0.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Tens Of Thousands Evacuated From Massive China Floods

 2024-04-23 00:01:47

Wind Farm Misses Deadline For Electricity Sale Scheme

 2024-04-23 00:24:53