Home > Sports
Creativol FS Terpaksa Akur Di Tangan BIBD RC
AKSI perlawanan antara BIBD RC dan Creativol FS dalam Liga Futsal Brunei 2021
August 3rd, 2021 | 11:13 AM |
10117 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pasukan Creativol FS terpaksa akur di tangan pasukan BIBD RC setelah tewas dengan jaringan 3 - 5, dalam Kumpulan 'A', pada siri Perlawanan Liga Futsal Brunei 2021 (BFL 2021), yang berlangsung di Dewan Gerak Badan, Bolkiah Garison, di sini.
BIBD RC mendahului perlawanan menerusi Awangku Md. Fakhrul Hibatullah bin Pengiran Hamzah yang menjaringkan gol pertama, pada minit ke-6 dan kemudian sekali lagi berjaya menggandakan jaringan menjadi 0 - 2.
Gawang Creativol FS bolos lagi pada minit ke-12 apabila pemain BIBD RC, Shahassanal Izzat bin Haji Shahibulbahri menjaringkan gol ketiga buat pasukannya untuk mendahului 0 - 3.
Meskipun kedudukan pada separuh masa pertama berpihak kepada BIBD RC, perlawanan pada separuh masa kedua menyaksikan percaturan yang dilakukan oleh Creativol FS untuk bangkit bagi memberikan saingan membuahkan hasil apabila berjaya menjaringkan gol pertama perlawanan melalui pemain Creativol FS, Aswin Gurung, pada minit ke-21.
Selang empat minit kemudian, gawang BIBD RC digegarkan lagi apabila pemain Creativol FS, Afiq Suhaili berjaya merapatkan kedudukan menjadi 2 - 3.
Dalam kegigihan Creativol FS mencari gol penyamaan perlawanan, kelalaian mereka dihukum pada minit ke-29, apabila gawang mereka dibolos lagi oleh BIBD RC, menerusi Abdul Haifz bin Azmin untuk menjadikan kedudukan 2 - 4.
Pemain BIBD RC, Awang Zulhirni bin A.Rais menambah luka Creativol FS setelah menjaringkan gol kelima, sekali gus memberikan kedudukan yang selesa buat BIBD RC mendahului 2 - 5.
Meskipun ketinggalan dengan tiga jaringan, semangat Creativol FS perlu diberikan pujian apabila berjaya menjaringkan gol pada minit ke-35, hasil sepakan Faez Zakaria untuk mengubah kedudukan menjadi 3 - 5 hingga wisel penamat.
Pada perlawanan berasingan, Street United membenam OKP dengan jaringan 11 - 3.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]