FacebookInstagramTwitterContact

 

Guangdong Launches Four Major International Communication Platforms            >>           You-C1000 Basketball Cup           >>           Official Opening of Brunei Youth League           >>           Road Marking Works           >>           Basic Course Exercise           >>           Labour Offender           >>           Excise Order 2006           >>           School Twinning Programme           >>           Informative Society Programme           >>           Flag Hoisting Ceremony, Girl Guides Association of Brunei Darussalam           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:34 AM

Subuh

: 04:44 AM

Syuruk

: 06:09 AM

Doha

: 06:33 AM

Zohor

: 12:22 PM

Asar

: 03:48 PM

Maghrib

: 06:34 PM

Isyak

: 07:49 PM

 



The Business Directory


 

 



Sports


  Home > Sports


LCB Rangkul Kejuaraan Kejohanan Bola Sepak UBD 2021 Antara IPT


PASUKAN Laksamana College of Business (LCB) muncul juara Kejohanan Bola Sepak Universiti Brunei Darussalam (UBD) 2021 Antara Institusi-institusi Pengajian Tinggi

 


 August 4th, 2021  |  10:20 AM  |   15800 views

BERAKAS

 

Pasukan Laksamana College of Business (LCB) muncul juara bagi Kejohanan Bola Sepak Universiti Brunei Darussalam (UBD) 2021 Antara Institusi-institusi Pengajian Tinggi (IPT) selepas menumpaskan pasukan UBD dengan jaringan 2 - 0, pada perlawanan akhir, yang berlangsung di Padang dan Belapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, di sini.

 

Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, namun nasib lebih berpihak kepada pasukan LCB setelah Md. Nazhan bin Zulkiflie berjaya menjaringkan gol pertama pada minit ke-23 dan kedudukan 1 - 0 kekal hingga separuh masa pertama berakhir.

 

Separuh masa kedua perlawanan pula menyaksikan LCB berjaya mengawal permainan, seterusnya menggandakan jaringan menerusi Md. Kasyfi Shafi'e bin Abdul Ade Rosli menerusi sepakan jarak jauh, pada minit ke-55 yang menewaskan penjaga gol UBD, untuk menjadikan kedudukan 2 - 0 hingga wisel penamat dibunyikan.

 

Hadir selaku tetamu kehormat, seterusnya menyempurnakan penyampaian sijil kepada para pemain, Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam, Datin Dr. Dayang Hajah Anita Binurul Zahrina binti Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz.

 

Kejohanan, antara lain bertujuan sebagai suatu platform bagi para mahasiswa, khususnya pemain untuk bersaing secara sihat dan dapat mendisiplinkan diri sebagai satu pasukan yang mantap melalui bola sepak juga mahasiswa, khususnya pemain dapat mengeratkan silaturahim di antara para mahasiswa dari IPT lain.

 

Selain itu, ia bertujuan untuk mengenal pasti pemain-pemain yang berpotensi bagi mewakili pasukan bola sepak IPT dalam kejohanan yang akan datang, sekali gus diserap sebagai pemain kebangsaan Negara Brunei Darussalam.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Dalai Lama Confirms He Will Have A Successor After His Death

 2025-07-03 01:29:33

Heathrow Considering Legal Action Against National Grid Over Fire

 2025-07-03 02:12:45