FacebookInstagramTwitterContact

 

Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>           Mercedes-Benz quad-motor G-Class could be the ultimate EV off-roader           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


MSSBRPAD Muncul Juara Pertandingan Dikir


MENTERI Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong bergambar ramai bersama juara pertandingan Dikir Syarafil Anam, Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Manggis / Madang |FOTO: PELITA BRUNEI (Mohd. Sahrizal Haji Said )

 


 September 4th, 2016  |  11:29 AM  |   2051 views

MADANG

 

Sabtu, 3 September. – Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit,(MSSBRPAD) Kampung Manggis / Madang menjuarai Pertandingan Dikir Syarafil Anam sempena Sambutan Ulang Tahun yang ke-3 Masjid Rashidah Sa'adatul Bolkiah (MRSB) Kampung Sungai Akar.

 

Juara yang memperolehi markah sebanyak 93 peratus membawa pulang Piala Pusingan Penaung MRSB, plak dan piala iringan individu.

 

Naib juara disandang oleh MRSB 'B' dengan markah 92 peratus diikuti tempat ketiga ialah Masjid Perpindahan Lambak Kanan dengan markah 91.5 peratus.

 

Tempat kedua dan ketiga membawa pulang plak dan piala iringan individu.

 

030916 RIZAL2 DIKIR

UCAPAN dari pengerusi bersama Pertandingan Dikir Syarafil Anam sempena Sambutan Ulang Tahun yang ke-3 Masjid Rashidah Sa'adatul Bolkiah (MRSB).

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang ialah Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong selaku Penaung MRSB.

 

Pertandingan diungkayahkan oleh MRSB dan Majlis Perundingan Kampung Sungai Akar yang berlangsung di MRSB.

 

Ianya disertai oleh masjid / surau di kawasan zon 2B terdiri dari Masjid Rashidah Sa'adatul Bolkiah (MRSB), Kampung Sungai Akar selaku tuan rumah; Masjid Kampung Pulaie; Masjid Perpindahan Lambak Kanan; Masjid Kampung Belimbing, Subok; Masjid Kampung Salambigar dan Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Manggis / Madang.

 

Antara tujuan pertandingan ini diadakan adalah bagi melahirkan individu dan pasukan yang boleh berdikir dengan baik, menggalakkan lebih ramai jemaah masjid yang boleh membawakan lagu dikir Syarafil Anam, mengeratkan silaturahim dan keharmonian dalam kalangan para peserta dan jemaah masjid dan penduduk kampung sekitarnya.

030916 RIZAL3 DIKIR

PERTANDINGAN Dikir Syarafil Anam sempena Sambutan Ulang Tahun yang ke-3 Masjid Rashidah Sa'adatul Bolkiah (MRSB) Kampung Sungai Akar.

 

Pertandingan ini adalah salah satu aktiviti-aktiviti MRSB dalam membarigakan sambutan hari Ulang Tahun Perasmian MRSB Ke-3.

 

Antara aktiviti-aktiviti yang telah diungkayahan ialah bacaan Doa Kesyukuran yang diselajurkan dengan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri MRSB, Bacaan Tahlil di Kubah Makam Diraja, Riadah Mengembara Kampung dan Ceramah Khas Subuh.

 

Ahli Jawatankuasa Takmir masjid berkenaan dalam perancangan akan terus mengungkayahkan aktiviti-aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan dalam menjayakan misi dan visi masjid berkenaan.

 

MRSB telah dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada hari Jumaat 12 Ramadan, 1434 bersamaan 19 Julai 2013.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Saerah Haji Abdul Ghani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19