FacebookInstagramTwitterContact

 

Hernán Crespo Exacts Revenge On Al Hilal As Al Ain Reach AFC Champions League Final           >>           PSV Want USMNT's Dest Despite Confirming Serious Knee Injury           >>           Late Milik Strike Sends Juventus Into Coppa Italia Final           >>           Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable           >>           Tesla Profits Slump By More Than A Half           >>           Lloyds Hit As Banks Compete For Mortgage Customers           >>           Post Office Boss Nick Read Obsessed With Pay Says Ex-HR Chief           >>           Searching For Missing Loved Ones In Gaza’s Mass Graves           >>           Greece: Orange Sahara Dust Haze Descends Over Athens           >>           War In Ukraine: US To Send New Aid Right Away, Biden Says           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Target Tumpaskan Ivy League, Raih Gelaran Juara


YANG Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah berkenan menerima hadiah dan sijil bagi naib juara daripada isteri Pemangku Pengarah Logistik PDB, Dayangku Rosmini binti Pengiran Haji Muhidin.

 


 September 5th, 2016  |  10:58 AM  |   2739 views

GADONG

 

Ahad, 4 September. - Pasukan Target membuktikan kejaguhannya apabila menumpaskan Pasukan Ivy League untuk merangkul kejuaraan pada Peringkat Akhir Kejohanan Bola Jaring Terbuka anjuran Majlis Sukan Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) berlangsung di Dewan Stadium Hassanal Bolkiah, Gadong, di sini.

 

Berangkat menyertai bagi Pasukan Ivy League ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.

040916 NETBALL AZMAH-2

YANG Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah semasa beraksi bersama pasukannya, Ivy League pada Kejohanan Bola Jaring Terbuka anjuran Majlis Sukan Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB).

 

Pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan saling mengejar kutipan mata, namun Target mendahului mata 11 - 8 ke atas pasukan lawan.

 

Walaupun ketinggalan tiga mata, Ivy League cuba untuk tampil memintas namun akhirnya terpaksa akur sehingga pengadil meniup wisel pada separuh mata kedua dengan kesudahan mata 16 - 12.

 

Terdahulu, Pasukan 69 berjaya menumpaskan Pasukan Zero 1 dengan kiraan mata 16 - 10.

040916 NETBALL AZMAH-6

YANG Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah bekenan bergambar kenangan bersama tetamu kehormat majlis, ahli-ahli jawatankuasa dan para pemain yang menyertai kejohanan tersebut.

 

Berdasarkan keputusan itu, Target yang berjaya meraih juara membawa pulang wang tunai BND400 berserta pingat diikuti dengan Ivy League selaku naib juara, manakala 69 dan Zero 1 masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat.

 

Hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah isteri Pemangku Pengarah Logistik PDB, Dayangku Rosmini binti Pengiran Haji Muhidin.

 

040916 NETBALL AZMAH-5

 

ISTERI Pemangku Pengarah Logistik PDB, Dayangku Rosmini binti Pengiran Haji Muhidin menyampaikan hadiah kepada juara Kejohanan Bola Jaring Terbuka anjuran Majlis Sukan PDB, iaitu Pasukan Target.

 

Kejohanan yang disertai oleh 12 pasukan itu diharap dapat mempertingkatkan lagi mutu permainan para pemain bola jaring, di samping dapat mengetengahkan pemain-pemain muda pada peringkat nasional serta mempamerkan kualiti permainan agar sebanding dengan kehebatan pemain antarabangsa.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Azmah Haji Ahad

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19