FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Sumber Biologi Borneo Jentera Pertumbuhan Ekonomi


SETIAUSAHA Tetap Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Dr. Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin semasa menyampaikan ucapan rasmi.| FOTO : PELITA BRUNEI (Muhammad Asri Haji Awang Abas )

 


 September 6th, 2016  |  10:57 AM  |   1732 views

BERAKAS

 

Isnin, 5 September. - Ketika berlakunya kelembapan ekonomi global masa ini, adalah tepat pada waktunya inisiatif Nadi Borneo (HoB) untuk memberi penekanan terhadap keperluan menyokong pertumbuhan ekonomi negara-negara anggota HoB.

 

Negara-negara anggota perlu melaksanakan seruan menteri-menteri yang bertanggungjawab dalam inisiatif HoB untuk menggalakkan aplikasi ekonomi hijau dan pembangunan sains dan teknologi yang berkaitan melalui pelbagai usaha seperti Perkongsian Awam Swasta (PPP) dan kerjasama atas dasar pelbagai sektor ke arah mencapai pembangunan mampan dalam Nadi Borneo.

 

Setiausaha Tetap Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), Dr. Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin menyatakan demikian semasa merasmikan Mesyuarat Tiga Hala Nadi Borneo Kali Ke-10 berlangsung di Dewan Setia Pahlawan, KSSUP, di sini.

 

Ekopelancongan dan industri bio jelasnya mempunyai potensi ekonomi yang besar terhadap kawasan perlindungan HoB yang ditetapkan. Ini bukan sahaja memberi manfaat kepada ekonomi negara-negara anggota HoB bahkan masyarakat kepulauan Borneo secara keseluruhannya.

 

''Dalam konteks ini, sektor swasta dan masyarakat sains sangat dialu-alukan untuk melabur dalam usaha ini. Kami telah melakukan sedaya upaya untuk memudahkan pembangunan seperti ini untuk industri rendah karbon masa depan di negara ini. Dalam hubungan ini, kami mengalu-alukan negara anggota HoB untuk bersama-sama meneroka usaha ini dan berharap untuk bekerja bersama-sama dalam masa terdekat'', jelas Dr. Awang Haji Abdul Manaf.

 

050916 ASRI6 BORNEO

MESYUARAT Tiga Hala Nadi Borneo Kali Ke-10 berlangsung di Dewan Setia Pahlawan, KSSUP.

 

Tambahnya, di bawah payung kerjasama inisiatif HoB, kami terus menumpukan usaha dan kekuatan dalam memastikan kekayaan sumber biologi Borneo sebagai penjanaan faedah ekonomi dan juga untuk prospek yang lebih baik bagi identiti sosial dan budaya pulau Borneo.

 

Melalui kemajuan sains dan teknologi jelasnya, sumber biologi Borneo yang sedia ada di kawasan hutan yang dilindungi akan berfungsi sebagai jentera pertumbuhan ekonomi.

 

Dr Haji Abd Manaf menjelaskan, bagi Negara Brunei Darussalam, inisiatif Nadi Broneo adalah sebahagian daripada inspirasi dalam mengulangi kepimpinan negara untuk menjadi sebahagian daripada komuniti global yang bertanggungjawab berkenaan dengan agenda global semasa yang dibincangkan pada forum Bangsa-bangsa Bersatu, mencerminkan sokongan padu negara kepada rangka kerja dan kemajuan proses hutan kebangsaan dan sub-serantau yang sedia ada.

 

Memandangkan saiz geografi Negara Brunei Darussalam adalah kecil jelasnya, perlindungan hutan yang lebih berkesan memerlukan usaha-usaha bersama dan kolektif dalam konteks Negara Brunei Darussalam.

 

Oleh itu tambahnya, inisiatif HoB sub-serantau menyediakan platform kerjasama Brunei Darussalam dengan negara-negara ahli HoB untuk menjadi sebahagian daripada komuniti global sebagai respon kepada agenda global tersebut.

 

Menurutnya lagi, Negara Brunei Darussalam adalah sangat terdedah kepada kesan negatif perubahan iklim. Oleh itu, kita perlu melindungi kawasan hutan yang mencukupi untuk mengurangkan kesan kerosakan terutamanya kepada hutan paya gambut di Daerah Belait.

 

050916 ASRI2 BORNEO

SETIAUSAHA Tetap KSSUP, Dr. Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin melawat Pameran Nadi Borneo.

 

Penyertaan usaha di peringkat kebangsaan telah dilaksanakan untuk mengekalkan perkhidmatan ekologi hutan tersebut, oleh itu jelasnya, untuk menjadikan usaha-usaha ini berkesan, ia memerlukan perhatian yang lebih dalam mesyuarat ini bagi manfaat Pulau Borneo.

Dengan yang demikian beliau mengalu-alukan idea inisiatif koridor HoB bagi merapatkan fungsi ekologi kawasan perlindungan masa kini di kalangan negara-negara anggota HoB.

Menurutnya, disebabkan saiz adalah penting, usaha bersama daripada semua pihak berkepentingan, lapisan masyarakat dan semua sektor adalah penting untuk memastikan kejayaannya. Oleh itu, inisiatif HoB perlu membentuk perkongsian strategik dengan semua pihak berkepentingan.

Jelasnya, Urustadbir HoB di Pulau Borneo ingin melihat penglibatan aktif rakan dialog antarabangsa dan serantau dalam kesemua projek-projek tiga hala di bawah inisiatif HoB.

 

''Bagi Negara Brunei Darussalam, kami ingin melanjutkan relevan HoB untuk agenda anda dan atas sebab ini, adalah tepat pada masanya bahawa kita perlu pergi di luar zon sub-serantau'', ujar Dr. Awang Haji Abdul Manaf..

 

Terdahulu Dr. Awang Haji Abdul Manaf juga menyatakan, beban menguruskan sumber semulajadi secara lestari bukan lagi menjadi tanggungjawab kerajaan sahaja bahkan, semua pihak yang berkepentingan perlu berkongsi tanggungjawab kerana isu itu tidak lagi hanya setempat terutamanya sebagai tindak balas kepada agenda global kelembapan ekonomi, kenaikan suhu global dan kehilangan biodiversiti yang tidak dapat dihalang.

 

050916 ASRI3 BORNEO

 

SETIAUSAHA Tetap KSSUP,  Dr. Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin melawat Pameran Nadi Borneo.

 

''Semua sektor perlu bekerjasama dan menyatukan perlindungan hutan dan ekosistem ke dalam pembangunan dan agenda ekonomi masing-masing'', tambahnya.

 

Mesyuarat Tiga Hala Nadi Borneo Kali Ke-10 akan berlangsung selama tiga hari bermula 5 hingga 7 September 2016 dan dihadiri oleh ketua-ketua delegasi dan pegawai-pegawai dari negara tuan rumah, Brunei Darussalam serta Indonesia dan Malaysia.

 

Bersempena mesyuarat tersebut turut diadakan Pameran Usahasama Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF), WWF-Indonesia dan WWF-Malaysia bertemakan 'Warna Warni Masyarakat HoB' yang antara lain mempamerkan gambar-gambar mengenai kerja-kerja WWF dengan masyarakat tempatan dalam menyokong usaha-usaha kerajaan mempromosikan inisiatif HoB selain memperlihatkan produk-produk masyarakat tempatan.

 

Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia telah melancarkan inisiatif Nadi Borneo pada tahun 2007.

 

Hampir selaras dengan Wawasan Tiga Hala Kerajaan Borneo, strategi WWF adalah untuk memulihara, mengurus dan membangunkan biodiversiti HoB sebagai sebahagian daripada pendekatan ekonomi hijau untuk pembangunan lestari.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54