Home > Bahasa Melayu
Berangkat ke Republik Demokratik Rakyat Lao Bagi Menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-28 dan 29
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Republik Demokratik Rakyat Lao bagi menghadiri Sidang-Sidang Kemuncak ASEAN Ke -28 dan Ke-29 |FOTO: PELITA BRUNEI (Mohamad Azmi Awang Damit, Mohd. Sahrizal Haji Said)
September 6th, 2016 | 11:10 AM | 1457 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Isnin, 5 September. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan berangkat ke Vientiane, Republik Demokratik Rakyat Lao bagi menghadiri Sidang-Sidang Kemuncak ASEAN Ke-28 dan Ke-29 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan yang akan berlangsung mulai 6 hingga 8 September di Pusat Persidangan Kebangsaan, Vientiane.
Sebelum berangkat dari Istana Nurul Iman, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima junjung ziarah daripada pembesar-pembesar negara di Hangar Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Rimba.
Berangkat di Hangar Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Rimba bagi menyembahkan selamat berangkat ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan serta kerabat diraja yang lain.
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa menerima junjung ziarah sebelum berangkat ke Republik Demokratik Rakyat Lao.
Berangkat sama dan hadir di Hangar Penerbangan Kebawah DYMM bagi menyembahkan selamat berangkat ke hadapan majlis Kebawah DYMM ialah Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria, Menteri-Menteri Kabinet, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Di-Raja, Timbalan-Timbalan Menteri, Pemangku Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei dan Kuasausaha Sementara (Charge de Affairs) Kedutaan Besar Republik Demokratik Rakyat Lao ke Negara Brunei Darussalam.
BERANGKAT di Hangar Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Rimba bagi menyembahkan selamat berangkat ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Khartini Hamir, Nooratini Haji Abas
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]