FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Lelaki Tempatan Dipenjara 22 Tahun, 24 Sebatan


 


 January 19th, 2022  |  09:55 AM  |   738 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seorang lelaki warga tempatan dijatuhkan hukuman penjara 22 tahun dan 24 kali sebatan oleh Mahkamah Perantaraan kerana didapati melakukan jenayah rompak dan juga melakukan serangan seksual.

 

Tertuduh, Mohammad Faizul Helmey bin Ahmad Umar, berusia 33 tahun, melakukan kesalahan tersebut pada 18 Oktober 2021 di kawasan Bengkurong.

 

Hakim Pengiran Masni binti Pengiran Haji Bahar, semasa menjatuhkan hukuman memberikan penekanan kepada faktor memburukkan kes, di mana Mohammad Faizul Helmey bin Ahmad Umar melakukan kesalahan tersebut dalam jarak masa yang singkat, mengambil kira dua sabitan kesalahan terdahulu yang melibatkan rompakan.

 

Timbalan Pendakwa Raya Hajah Atiyyah Azzahra binti Pehin Dato Haji Abas menyatakan kepada mahkamah bahawa pada pagi 18 Oktober 2021, defendan sedang menunggang basikalnya di Bengkurong apabila seorang wanita berusia 42 tahun berhenti untuk bertanya kepada defendan mengenai alamat rumah seseorang.

 

Wanita tersebut menurunkan tingkap keretanya dan bercakap dengan tertuduh apabila tertuduh menawarkan diri untuk menunjukkan jalan.

 

Di dalam kereta, tertuduh menunjukkan arah secara ringkas dan kemudian tiba-tiba mengeluarkan sebilah pisau untuk mengancam mangsa.

 

Tertuduh kemudian menumbuk perut mangsa, menampar muka dan memaksa mangsa keluar dari kereta.

 

Namun mangsa enggan menurut kemahuan tertuduh menyebabkan tertuduh mengambil alih pemanduan dan memandu menuju ke kawasan terpencil, di mana tertuduh bertindak melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap mangsa.

 

Tertuduh kemudian meninggalkan mangsa di tepi jalan sebelum melarikan kereta mangsa dengan membawa bersama beg tangan mangsa.

 

Tertuduh ditahan pada 30 November 2021 dan pihak polis mendapati tertuduh menukar warna kereta dan nombor plat lesen kereta tersebut sebelum meninggalkannya di kawasan komersial di Tungku Link.

 

Plat lesen kenderaan yang ditukar tersebut merupakan hasil yang dicurinya daripada sebuah kereta di bengkel yang terletak di Kampung Telisai, Tutong pada sekitar Ogos 2021.

 

Siasatan lanjut mendapati tertuduh juga menawarkan seorang wanita warga Indonesia untuk menaiki kereta tersebut ketika tertuduh menghampirinya di perhentian bas di Kampung Tungku pada 20 Oktober.

 

Tertuduh memberitahu bahawa beliau menuju ke arah yang sama dan sanggup menumpangkan wanita berkenaan ke destinasinya dengan bayaran BND1.

 

Tertuduh menyuruh mangsa duduk di hadapan kerana keadaan bersepah di tempat duduk belakang.

 

Tertuduh kemudian memandu ke simpang berhampiran, menahan mangsa sambil meminta wang daripadanya.

 

Apabila mangsa memberitahu mangsa tidak mempunyai duit, tertuduh lalu merampas seutas gelang emas dari lengan mangsa, mengambil telefon bimbit dan menghantarnya ke kedai serbaneka berhampiran.

 

Dalam siasatan berasingan juga mendapati tertuduh mencuri sebuah kereta dari sebuah rumah di Jalan Pasir Berakas pada November 2021.

 

Tertuduh melarikan kereta tersebut ke Seria, namun beliau mengalami masalah dengan kereta itu yang menyebabkannya meninggalkan kereta tersebut di Lumut.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19