Home > In The Court
Pesalah Imigresen Dipenjara 7 Bulan
January 22nd, 2022 | 09:16 AM | 812 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seorang wanita, warganegara Filipina, dijatuhkan hukuman tujuh bulan penjara, atas satu pertuduhan, di bawah Akta Imigresen.
Hukuman ke atas Mary Ann Delos Varona dijatuhkan oleh Majistret Kanan Hajah Azrimah binti Haji Abdul Rahman, di Mahkamah Majistret, kelmarin.
Mary Ann Delos Varona, berumur 53 tahun, didakwa melakukan kesalahan itu, di bawah Seksyen 15 (1) Akta Imigresen Penggal l 17 kerana tinggal lebih masa di Negara Brunei Darussalam tanpa alasan yang munasabah setelah pas lawatannya mansuh, bagi tempoh selama 3,409 hari, mulai 20 Februari 2012 hingga 26 Jun 2021.
Siasatan ke atas Mary Ann Delos Varona, di mana pada Februari 2012, defendan menyerahkan pasportnya kepada seorang individu yang tidak dikenali, bagi tujuan untuk membantu beliau melanjutkan lagi pas lawatannya, tetapi pasportnya tidak dikembalikan kepadanya, pada hari berkenaan.
Justeru, bagi meneruskan lagi kehidupannya, di negara ini, defendan melakukan pekerjaan 'freelance' sebagai pembantu rumah, dengan bayaran sebanyak BND25 sehari.
Bahkan, defendan juga tidak membuat laporan kepada pihak polis mengenai kehilangan pasportnya dan tidak memaklumkan kepada pihak yang berkaitan.
Pada Jun, Mary Ann Delos Varona menyerahkan diri kepada pihak Kedutaan Filipina, di negara ini dan kemudiannya diserahkan ke Bahagian Penguatkuasa, di Jabatan Imigresen dan Pendaftaran kebangsaan (JIPK).
Dalam rekod, defendan tidak mempunyai rekod kesalahan yang lalu.
Pendakwaan dijalankan oleh pihak Pendakwa Raya di JIPK, Adi Yusran bin Haji Adanan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]