FacebookInstagramTwitterContact

 

Gotham FC Signs Germany Goalkeeper Ann-Katrin Berger From Chelsea           >>           Vitesse Docked 18 Points, Relegated Amid Probe Of Abramovich Ties           >>           12 Health Benefits Of Drinking Elderberry Tea           >>           Blueberries Found To Reduce CVD Risk By Up To 20 Percent           >>           Natural Treatment For Rheumatoid Arthritis: Research Shows Yoga Can Relieve Physical And Psychological Symptoms           >>           The Sweetest-Smelling City In The World Might Surprise You           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Didakwa Kerana BND20.00


 


 January 25th, 2022  |  09:43 AM  |   955 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seorang Penduduk Tetap, Chin Chee Vun, berumur 52 tahun selaku Pengurus sebuah syarikat penghantaran barang, didakwa di Mahkamah Majistret, atas satu kesalahan bersubahat, di bawah Bab 6(b) Akta Pencegahan Rasuah, Penggal 131 dibaca dengan Bab 13, di bawah Akta yang sama.

 

Majistret Kanan, Pengiran Hazirah binti Pengiran Mohd. Yussof menetapkan 9 Februari 2022, jam 2.00 petang untuk sebutan lanjut kes.

 

Kes tersebut dirujuk oleh Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) ke Biro Mencegah Rasuah (BMR), di mana seorang lelaki, warga negara Filipina, bernama Argel Sanchez David, pekerja dari syarikat penghantaran barang tersebut, dilaporkan menawarkan rasuah kepada seorang Pegawai Kastam kerana pelanggaran dalam pengisytiharan kastam.

 

Tertuduh Chin Chee Vun melakukan kesalahan, di antara September 2021 dan 4 Oktober 2021, menghasut Argel Sanchez David, pekerja syarikat penghantaran barang, untuk memberi wang rasuah sebanyak BND20.00 sebagai dorongan atau ganjaran kepada seorang Pegawai Pemeriksa Kastam dari JKED untuk tidak mengambil tindakan terhadap Argel atas pelanggaran dalam pengisytiharan kastam dan hasutan tersebut menyebabkan Argel memberi rasuah sebanyak BND20.00 kepada Pegawai Pemeriksa Kastam, pada 4 Oktober 2021, bertempat di Kaunter Pembayaran, Bahagian Guardhouse dan Pos Ofis Pelabuhan Muara.

 

Sebelum ini, Argel ditangkap oleh BMR, pada 7 Oktober 2021 setelah BMR menerima aduan daripada pihak JKED mengenai kejadian perlakuan rasuah, di Bahagian Guardhouse dan Pos Ofis Pelabuhan Muara, berkaitan dengan pengisytiharan palsu dan telah didakwa pada 11 Oktober 2021, di bawah Bab 6(b) Akta Pencegahan Rasuah, Penggal 131.

 

Pada hari ini, sebutan kes tersebut dijalankan secara maya, di premis BMR, pertuduhan dibacakan kepada Chin Chee Vun dan tidak ada pengakuan diambil.

 

Dalam pada itu, tertuduh dilepaskan dengan ikat jamin Mahkamah.

 

Pendakwaan kes ini dikendalikan adalah Timbalan Pendakwa Raya Hajah Rozaimah binti Haji Rahman.

 

BMR mengingatkan orang ramai, bahawa menerima atau menawarkan rasuah kepada mana-mana orang adalah satu kesalahan yang serius dan boleh membawa kepada hukuman maksima hingga tujuh tahun penjara dan denda sebanyak BND30,000.00.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17