Home > In The Court
Rayuan Pencuri Kabel Ditolak
January 26th, 2022 | 12:14 PM | 1277 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Mahkamah Tinggi telah menolak rayuan seorang lelaki warga tempatan kerana tidak mempunyai alasan kukuh terhadap hukuman yang dikenakan kerana mencuri dan melakukan khianat.
Tertuduh, Mohammad Jaidatul Fadillah Fadil bin Haris Fadillah telah mengaku bersalah pada September lalu atas pertuduhan mencuri kabel telekomunikasi dan menyebabkan kerosakan semasa pencurian tersebut.
Tertuduh dijatuhkan hukuman penjara satu tahun lapan bulan dengan dua kali sebatan dan diperintahkan untuk membayar kepada UNN sejumlah BND24,544.68, bagi ganti rugi atas kerosakan kabel tersebut atau menjalani penjara tambahan empat bulan jika gagal membayar.
Timbalan Pendakwa Raya, Syazwani binti Haji Jumat, selaku responden turut mengesahkan kepada mahkamah bahawa Mohammad Jaidatul Fadillah Fadil memilih untuk menjalani hukuman penjara dua tahun.
Ketua Hakim Mahkamah Besar, Yang Amat Arif Dato Seri Paduka Steven Chong Wan Oon semasa memberi pertimbangan kepada permohonan rayuan itu, mengambil faktor kuantiti kabel yang dicuri, kerosakan yang serius dan kes-kes yang berlaku secara berleluasa.
Ketua Hakim Mahkamah Besar memutuskan bahawa mahkamah telah mengambil langkah yang perlu untuk menjatuhkan hukuman berat.
Sementara itu, Mohammad Jaidatul Fadillah Fadil merayu agar mahkamah mempertimbangkan semula perintah sebat itu kerana sebelum ini dia mengalami sakit jantung yang terpaksa menerima rawatan.
Yang Amat Arif Dato Seri Paduka Steven Chong tidak memberikan pertimbangan terhadap permohonannya untuk dikecualikan daripada disebat kerana mahkamah tidak menemui bukti perubatan yang menyokong dakwaan berkenaan dan hukuman sebat hanya akan dilaksanakan apabila pegawai perubatan hadir dan telah mengesahkan bahawa dia layak untuk menerima hukuman tersebut.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]