Home > In The Court
Gagal Bayar Denda, Dipenjara 13 Bulan
January 31st, 2022 | 11:10 AM | 1234 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kerana memiliki barang tegahan, seorang lelaki, warganegara Indonesia, dijatuhkan hukuman 13 bulan penjara, bermula kelmarin, setelah gagal membayar denda BND21,000, di Mahkamah Majistret, di sini.
Hukuman ke atas Ahmat Alifin, dijatuhkan oleh Majistret Kanan Hajah Azrimah binti Haji Abdul Rahman, atas satu pertuduhan, di bawah Seksyen 146 (1) (d) Perintah Eksais, 2006.
Ahmat Alifin, berumur 32 tahun, didakwa memiliki 26 karton dan sembilan paket rokok berbagai jenis juga wang tunai, berjumlah BND363.
Defendan ditangkap oleh Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), di Kawasan Rumah Pekerja, Jalan Pasir Berakas, pada 27 Januari 2022.
Kesemua barang yang terlibat, iaitu rokok dihukum rampas untuk dimusnahkan, manakala wang tunai BND363, iaitu hasil daripada penjualan rokok juga dihukum rampas dan diserahkan kepada kerajaan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]