FacebookInstagramTwitterContact

 

Gotham FC Signs Germany Goalkeeper Ann-Katrin Berger From Chelsea           >>           Vitesse Docked 18 Points, Relegated Amid Probe Of Abramovich Ties           >>           12 Health Benefits Of Drinking Elderberry Tea           >>           Blueberries Found To Reduce CVD Risk By Up To 20 Percent           >>           Natural Treatment For Rheumatoid Arthritis: Research Shows Yoga Can Relieve Physical And Psychological Symptoms           >>           The Sweetest-Smelling City In The World Might Surprise You           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


CAEXPO Ke-13 Tingkatkan Perdagangan, Pelaburan


MAJLIS Perasmian Ekspo China-ASEAN Ke-13 Tahun 2016 (CAEXPO Ke-13) dan Persidangan Perdagangan & Pelaburan China-ASEAN Ke-13 (CABIS Ke-13) di Pusat Persidangan dan Pameran Antarabangsa Nanning (NICEC). Negara Brunei Darussalam diwakili oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng (lima, kanan).

 


 September 12th, 2016  |  09:53 AM  |   937 views

NANNING, CHINA

 

Ahad, 11 September. - Ibu Kota Guangxi, Nanning, hari ini menyaksikan detik bersejarah dalam hubungan antara China dan negara-negara ASEAN khususnya dalam bidang perdagangan dan pelaburan dengan berlangsungnya Majlis Perasmian Ekspo China-ASEAN Ke-13 Tahun 2016 (CAEXPO Ke-13) dan Persidangan Perdagangan & Pelaburan China-ASEAN Ke-13 (CABIS Ke-13) di Pusat Persidangan dan Pameran Antarabangsa Nanning (NICEC).

 

 

Tahun ini adalah merupakan ulang tahun ke-25 terjalinnya hubungan dialog China-ASEAN dan merupakan tahun pertama selepas terbinanya Komuniti ASEAN dengan peningkatan Aktiviti Perdagangan Luar (FTA) China-ASEAN dan usaha bagi melaksanakan inisiatif laluan perdagangan maritim.

 

 

Dengan membawakan tema 'Bersama Membina Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21, Mengeratkan Dan Menyatupadukan Komuniti China-ASEAN', CAEXPO Ke-13 tahun ini diharap akan dapat memudahkan semua pihak untuk membina projek-projek kerjasama baharu yang berkaitan dengan kapasiti industri antarabangsa, perhubungan, maklumat pelabuhan China-ASEAN dan taman industri antarabangsa dengan penumpuan terhadap hubungan dan sokongan daripada China, negara-negara ASEAN dan kuasa-kuasa ekonomi di luar wilayah China-ASEAN.

 

 

Majlis perasmian berkenaan dihadiri oleh pemimpin-pemimpin dari China dan 10 buah negara ASEAN dengan Negara Brunei Darussalam diwakili oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng dan Menteri Tenaga dan Perindustrian di JPM, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar.

 

 

Sesi perasmian mempamerkan keunikan kreativiti menonjolkan kapasiti produksi perekonomian yang semakin berkembang melalui kerjasama berganding bahu China-ASEAN dengan memutarkan 'gear' dan memasukkan 'chips' menandakan kepintaran teknologi moden serta memperlihatkan aspirasi rakyat daripada 11 buah negara yang terlibat.

 

 

Satu video ringkas turut dimainkan semasa majlis perasmian berkenaan yang menunjukkan perkembangan yang dilalui perhubungan dialog China-ASEAN sejak 25 tahun yang lalu dan memperlihatkan pelbagai hubungan dua hala dan potensi kerjasama pada masa depan.

 

 

Jalinan perhubungan persahabatan laluan sutera antara negara yang terlibat akan sentiasa terikat dan menjadi warisan turun-temurun daripada satu generasi kepada generasi seterusnya.

 

 

China-ASEAN akan terus mendalami dialog yang sudah berusia 25 tahun berkenaan dengan menyaksikan CAEXPO Ke-13 membawa lebih banyak penandatanganan perjanjian dua hala dalam pelbagai sektor perekonomian.

 

 

Ulang tahun ke-25 perhubungan dialog China-ASEAN menjadi titik permulaan baharu bagi mempertingkatkan dan memperbanyakan platform seperti CAEXPO dan CABIS dalam sama-sama mengharungi cabaran serta maju ke depan sebagai Komuniti China-ASEAN yang sentiasa bersatu.

 


 

Source:
@BRUDIRECT.COM

by Mohamad Azmi Awang Damit

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17