FacebookInstagramTwitterContact

 

Weather Update for Brunei Darussalam           >>           National Weather Briefing           >>           Digital Innovation Profile Co-Creation Workshop           >>           Cultural Research Methodology Workshop           >>           TAP & SCP Savings for Financial Year 2021-2022           >>           Berkenan Hantar Perutusan Tahniah           >>           Perutusan Tahniah Sempena Day Of German Unity           >>           Kumpulan Kedua Skuad B-17 Negara Berlepas Ke Uzbekistan           >>           MoUTingkatkan Kerjasama, Perkongsian Pengalaman           >>           Awangku Mohd. Syakir Ungguli Kejohanan Golf Amal Pusat Ehsan Ke-22           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:40AM

Subuh

: 04:50AM

Syuruk

: 06:07AM

Doha

: 06:30AM

Zohor

: 12:10PM

Asar

: 03:23PM

Maghrib

: 06:11PM

Isyak

: 07:20PM

 



The Business Directory


 

 



Sports


  Home > Sports


Skuad Muda B-23 Persiapkan Diri Menentang Kemboja


SKUAD muda bola sepak Negara Brunei Darussalam kini sedang rancak mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal menerusi latihan.

 


 February 14th, 2022  |  08:36 AM  |   1272 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Skuad muda bola sepak Negara Brunei Darussalam (NBD) kini sedang rancak mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal menerusi latihan untuk menentang pasukan Kemboja selaku tuan rumah bagi Kejohanan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Bawah Umur 23 Tahun kali ini.

 

Pasukan negara berada di dalam Kumpulan 'A' berserta tiga negara lain termasuk tuan rumah, Filipina dan Timor Leste serta akan mula berentap di Morodok Techo National Stadium pada Isnin, 14 Februari 2022, jam 7.00 malam.

 

Ketua Jurulatih Pasukan NBD, Awang Aminuddin bin Jumat menjelaskan bahawa kesemua pasukan yang ada merupakan saingan yang boleh membantu pasukan NBD untuk lebih berkembang dan maju. Beliau berharap agar para pemain negara akan dapat belajar dari segi cara saingan-saingan mereka bermain di padang nanti.

 

Selain itu, beliau juga mengharapkan agar latihan-latihan yang dijalankan sebelumnya dapat membuahkan hasil.

 

"Ini adalah kali pertama NBD dapat menjejakkan kaki bermain bola sepak di luar semenjak negara dilanda COVID-19 bermula tahun 2020. Diharapkan pasukan kebangsaan akan dapat bermain dengan baik dalam arena Kejohanan AFF B-23," katanya.

 

Tidak dinafikan pandemik COVID-19 agak menjejaskan persiapan pasukan negara terutama sekali semasa pada gelombang kedua melanda dan memaksa pasukan untuk menjalankan latihan secara maya (virtual) sejak Ogos lalu.

 

Namun setelah pengisytiharan Fasa Awal Endemik diumumkan, barulah pasukan negara dapat memulakan latihan secara fizikal dengan mematuhi SOP yang telah dibenarkan.

 

"Walaupun pada dasarnya waktu persiapan pasukan agak terhad dan kita memahami kekuatan dan kelemahan yang ada pada pasukan maka kita berusaha dengan merancang dan memberi tumpuan kepada perkara yang perlu kita pertingkatkan dengan menyusun jadual latihan secara sistematik agar pemain dapat mengadaptasi intensiti latihan dan perlawanan dengan baik di samping mengawal dan menghindari pemain daripada mengalami kecederaan," ujarnya lagi.

 

Adapun pemilihan pemain telah dilakukan sejak Liga Super bermula sehingga situasi gelombang kedua COVID-19 melanda negara.

 

Pemilihan pemain bukan sahaja terhad daripada Liga Super malah pemilihan pemain juga telah dilaratkan kepada Liga Bawah 19 Tahun dan Liga Daerah.

 

Aspek pemilihan tersebut adalah berdasarkan pemerhatian jurulatih dan penilaian ini adalah berdasarkan perancangan jangka masa panjang pasukan.

 

Dengan perancangan pada jangka masa panjang dan kepercayaan yang diberikan kepada pemain-pemain itu, pihaknya akan dapat membantu dan memberi pendedahan serta melahirkan pemain-pemain muda berkualiti untuk bersaing di peringkat serantau dan antarabangsa pada masa akan datang.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Bung Moktar Hoping For Mutual Gains In BN-GRS Cooperation In GE15

 2022-10-03 15:51:17

Indonesia: At Least 125 Dead In Football Stadium Crush

 2022-10-03 13:13:14

Credit Suisse Risk Gauge At Record High, Shares Hit New Low

 2022-10-03 16:47:21