FacebookInstagramTwitterContact

 

Gotham FC Signs Germany Goalkeeper Ann-Katrin Berger From Chelsea           >>           Vitesse Docked 18 Points, Relegated Amid Probe Of Abramovich Ties           >>           12 Health Benefits Of Drinking Elderberry Tea           >>           Blueberries Found To Reduce CVD Risk By Up To 20 Percent           >>           Natural Treatment For Rheumatoid Arthritis: Research Shows Yoga Can Relieve Physical And Psychological Symptoms           >>           The Sweetest-Smelling City In The World Might Surprise You           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Dihukum Penjara Akibat Mencuri Kereta


 


 February 22nd, 2022  |  13:37 PM  |   882 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seorang pencuci kereta dikenakan hukuman penjara dua tahun dan satu bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, kerana mencuri beberapa buah kenderaan.

 

Pemangku Majistret Kanan, Dewi Norlelawati binti Haji Abd. Hamid menjatuhkan hukuman itu terhadap Md. Azeem Rahim bin Abu Zain, 24 tahun selepas mengaku bersalah terhadap lima pertuduhan.

 

Defendan didakwa mencuri sebuah kenderaan jenis Toyota Kijang yang tidak berkunci di kawasan letak kereta di Kampung Jerudong pada 9 Februari 2022.

 

Selepas itu, defendan membawa kenderaan tersebut berhampiran kawasan rumah rakannya di Kampung Sinarubai, Kilanas dan meninggalkan kenderaan tersebut di tepi jalan.

 

Pemilik kenderaan tersebut (Plaintif A) membuat laporan polis pada hari yang sama setelah menyedari keretanya hilang ketika hendak mahu pergi menunaikan Sembahyang Fardu Subuh.

 

 Siasatan pihak polis juga mendapati berdasarkan laporan yang dibuat oleh Ketua Kampung Sinarubai, Kilanas yang bimbang dengan keberadaan kenderaan tersebut yang ditinggalkan di tepi jalan berhampiran Kampung Sinarubai, Kilanas selama beberapa hari. Kenderaan tersebut ditemui oleh pihak polis di lokasi berkenaan.

 

Defendan juga didapati mencuri sebuah kenderaan jenis Honda City berwarna biru pada 28 Januari 2022 yang diletakkan di tepi jalan ketika beliau berada di sekitar Kampung Jerudong.

 

 Menurut defendan, beliau mendapati kenderaan tersebut tidak berkunci dan kunci kereta juga masih ada di dalam kenderaan tersebut. Beliau pun memandu kenderaan tersebut ke kawasan sekitar di Bukit Agok dan memberhentikan kenderaan itu untuk memeriksa barang-barang yang tertinggal di dalam kenderaan.

 

Beliau segera menuju ke rumah rakannya di Kampung Kulapis dan kemudian menukar plat lesen asal kenderaan itu dengan plat lesen lain.

 

Menurut siasatan pihak polis, beliau juga menjual kenderaan tersebut kepada Individu X dengan harga BND400. Walau bagaimanapun, dia hanya menerima bayaran sebanyak BND50 daripada Individu X dan menggunakan wang tersebut untuk membeli makanan dan petrol.

 

 Pemilik kenderaan jenis Honda City biru (Plaintif B) membuat laporan polis pada keesokannya setelah tidak berjaya menemui kenderaannya.

 

Defendan juga didapati melakukan jenayah yang sama, iaitu mencuri sebuah kenderaan jenis Toyota Kijang berwarna biru yang diletakkan di hadapan rumah di Kampung Kupang, Tutong.

 

Defendan mendapati kenderaan tersebut tidak berkunci dan bertindak melarikannya serta menukar plat lesen asal kenderaan tersebut.

 

Dalam siasatan pihak polis, pemilik kenderaan jenis Toyota Kijang berwarna biru (Plaintif C) membuat laporan pada 11 Februari 2022.

 

Menurut Plaintif C, dia meninggalkan dua 'blowers', satu 'backpack grasscutter', satu 'flower trimmer' dan satu 'chainsaw' dalam kenderaan tersebut, di mana semua barang tersebut adalah miliknya.

 

Defendan mengaku beliau menjual satu 'blower' dan satu 'chainsaw' kepada Individu Y dengan harga BND100 dan menjual satu 'blower' dan satu 'backpack grasscutter' kepada Individu Z dengan harga BND100.

 

Defendan menggunakan kesemua wang tersebut untuk membeli barangan keperluan harian, termasuk makanan dan petrol.

 

Siasatan pihak polis juga mendedahkan bahawa pada 14 Februari 2022, defendan ditangkap oleh Plaintif C ketika beliau sedang memandu kenderaan tersebut di sekitar Sengkurong.

 

Dalam rekod, defendan juga mempunyai sabitan terdahulu berkaitan kesalahan terhadap harta. Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Syafina bin Haji Abd. Hadzid.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17