FacebookInstagramTwitterContact

 

US Federal Law Driving The Latest Abortion Battle At The Supreme Court           >>           Dozens Of Ethiopians Die After Boat Capsizes Off Djibouti Coast           >>           Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia           >>           Keynote Presentation           >>           Opening Ceremony of SEAMEO CPRN Summit           >>           Hari Raya Celebration           >>           These Highly Effective Alternatives To Toxic Medication Help Beat Depression           >>           Study Highlights The Vast Medicinal Properties Of The Popular Spice Saffron           >>           Physically Healthy 28-Year-Old Dutch Woman With Autism And Depression Given Approval To End Her Life Through Assisted Suicide           >>           Haunted Holiday Home Horror As Tourists Left Screaming By 'Ghosts' Moving Picture Frames           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Lima Kerjasama Brunei - China Dimeterai


MENTERI Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng dan Menteri Tenaga dan Perindustrian di JPM, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar menyaksikan majlis penandatanganan yang berlangsung di Dewan Bankuet Hotel Marriott.

 


 September 13th, 2016  |  09:17 AM  |   1623 views

NANNING, CHINA

 

Isnin, 12 September. - Sebanyak lima buah syarikat dari China telah menandatangani perjanjian bagi membina dan memajukan beberapa industri di Negara Brunei Darussalam.

 

Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (LKEB) dan Syarikat Shenglong New Energy Automobile menandatangani perjanjian persefahaman pelaburan bagi pembinaan kilang pembuatan dan kilang pemasangan kenderaan jana kuasa mesra alam serta elektrik di Negara Brunei Darussalam.

 

Syarikat Shenglong New Energy Automobile mempunyai pengalaman dan kebolehan dalam menghasilkan kenderaan elektrik dengan menyasarkan Brunei Darussalam sebagai tapak projek yang berpotensi bagi pelbagai penerokaan teknologi kenderaan jana kuasa mesra alam yang baharu.

 

Kelmarin syarikat berkenaan juga telah menandatangani perjanjian persefahaman bagi pembinaan Pusat Penyelidikan dan Perkembangan bagi Pembuatan Kenderaan Jana Kuasa Mesra Alam di Negara Brunei Darussalam.

 

Kedua-dua projek berkenaan akan mampu untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan peluang untuk belajar kemahiran teknologi kenderaan terkini kepada anak-anak tempatan serta dapat meningkatkan jumlah eksport negara.

 

Penandatanganan kedua adalah di antara Brunei Darussalam Assets Sdn. Bhd. dan Guangxi Beibu Gulf International Port Group Co. Ltd. bagi pembentukan sebuah syarikat kerjasama untuk mengendalikan dan memajukan Pelabuhan Muara di Negara Brunei Darussalam.

 

Sejak penubuhan Guangxi Beibu Gulf International Port Group Co. Ltd., syarikat berkenaan telah melaburkan sebanyak RMB 50 bilion bagi pembinaan lebih 50 buah pelabuhan dengan penumpuan terhadap lima aktiviti, iaitu pelabuhan, logistik, Industri dan perdagangan, pelaburan dan hartanah.

 

Syarikat berkenaan mempunyai keyakinan akan dapat mengembang majukan Pelabuhan Muara menjadi sebuah pelabuhan bertaraf antarabangsa dan berhasrat untuk mempelbagaikan aktiviti pelabuhan di Pulau Muara Besar dengan pelaksanaan Zon Bebas Perdagangan (FTZ) dan pembinaan taman industri bagi menampung pelbagai keperluan dalam eko sistem pelabuhan.

 

Manakala penandatanganan ketiga ialah di antara Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB) dan Guangxi Zhongli Enterprise Group bagi penubuhan Pusat Penternakan dan Pemprosesan Tiram di Negara Brunei Darussalam.

 

Zhongli adalah merupakan sebuah syarikat swasta terbesar di Wilayah Guangxi dengan pengalaman lebih 30 tahun mencakupi pelbagai sektor industri seperti seramik, kewangan, teknologi bio dan perikanan.

 

Syarikat berkenaan mula menerokai industri penternakan tiram bersama rakan strategiknya, iaitu Syarikat Qingzhou Haihua Indystry Tech Company.

 

 

Dengan penandatanganan berkenaan, syarikat itu berharap akan dapat memperkembangkan operasinya dengan memberikan tambah nilai terhadap pemprosesan tiram termasuk pembuatan sos tiram, tiram kering dan makanan ringan dengan menggunakan sijil dan jenama Brunei Halal.

 

 

Penandatanganan Keempat ialah di antara Stratergic Development Capital dan Guangxi Ruian Logistics (Group) Co. Ltd. bagi Pemprosesan dan Pemasaran Rempah Brunei Halal.

 

Guangxi Ruian Logistics (Group) Co. Ltd. mempunyai fokus terhadap pemasaran serta logistik (industri perkapalan, kenderaan darat dan kargo) dan kini sedang giat aktif dalam perdagangan rempah dengan kapasiti pembekalan sebanyak 75 peratus rempah kayu manis dan 40 peratus rempah bunga lawang ke pasaran dunia.

 

Syarikat berkenaan mempunyai pulangan pendapatan sebanyak RMB 40 juta setahun itu berhasrat untuk mewujudkan sebuah pusat pemasaran di Brunei Darussalam dengan mengambil kira Sijil Brunei Halal untuk menembusi pasaran Islam antarabangsa.

 

Penandatanganan kelima adalah di antara LKEB dan Guangxi Hiseaton Food Co. Ltd. bagi Ladang Ternakan Ikan luar pantai dan Projek Pemprosesan di Brunei Darussalam.

 

Projek ternakan ikan ini sedang dalam proses pelaksanaan setelah mendapat kelulusan dari agensi yang berkaitan.

 

Selain itu, syarikat berkenaan juga akan mendatangkan beberapa orang saintis China yang mempunyai pengkhususan dalam ternakan ikan ke Brunei Darussalam bagi pembentukan Pusat Penyelidikan Akuakultur Brunei China (BCARC) bagi membuat kajian akademik dan seterusnya merekodkan perkembangan kajian.

 

Hadir bagi menyaksikan penandatanganan perjanjian persefahaman yang dijalankan secara serentak berkenaan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng dan Menteri Tenaga dan Perindustrian di JPM, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar.

 

Majlis penandatanganan berlangsung di Dewan Bankuet, Hotel Marriott, Nanning.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Mohamad Azmi Awang Damit

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Wind Farm Misses Deadline For Electricity Sale Scheme

 2024-04-23 00:24:53