FacebookInstagramTwitterContact

 

War In Ukraine: US To Send New Aid Right Away, Biden Says           >>           Kenya: Floods Cause Widespread Devastation In Nairobi           >>           Eating An Avocado Every Day Dramatically Reduces Your Risk Of Metabolic Syndrome           >>           The Mighty BLUEBERRY, A Superfruit With Anticancer Properties           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Ray-Ban Meta smart glasses do the AI thing without a projector or subscription           >>           Senate passes bill that could ban TikTok           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kebawah DYMM Sembahyang Sunat Aidiladha Bersama Rakyat


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima junjung ziarah para jemaah yang menyertai Sembahyang Sunat Hari Raya Aidiladha di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah.|FOTO: PELITA BRUNEI (Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Hamzah Mohidin, Muhammad Asri Haji Awang Abas)

 


 September 13th, 2016  |  09:22 AM  |   1718 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Isnin, 12 September. - Alhamdulillah pada tahun ini umat Islam di seluruh dunia dan tidak terkecuali di Negara Brunei Darussalam dipertemukan lagi Hari Raya Aidiladha yang disambut pada setiap 10 Zulhijjah.

 

Pujian takbir raya di seluruh masjid dan surau serta balai ibadat kedengaran sejak awal pagi tanda kesyukuran kita sama-sama melaungkan zikir dan tahmid dalam suasana tenteram dan harmoni.

 

Dalam mengimarahkan sambutan Aidiladha itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat menyertai ribuan umat Islam bagi menunaikan Sembahyang Sunat Hari Raya Aidiladha di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong.

 

Keberangkatan tiba baginda di sini dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, selaku Pengerusi Tertinggi bagi Majlis-Majlis Hari Kebesaran Dalam Kalendar Islam; Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar; Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud.

 

Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel.

 

Sembahyang Sunat Hari Raya Aidiladha diimamkan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal.

 

Sementara Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin semasa menyampaikan khutbah hari raya Aidiladha kali ini antara lain menjelaskan bahawa Allah Subhanahu Wata'ala menghendaki kita manusia yang berlainan puak dan bangsa itu untuk saling mengenal, lita'arafu dengan menegaskan bahawa kemuliaan manusia berlainan puak dan bangsa dinilai berdasarkan takwa.

120916 MASJID ASRI19

YANG Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman semasa menyampaikan khutbah Hari Raya Aidiladha.

 

Takwa yang tersirat dalam maksud firman Allah Subhanahu Wata'ala ialah yang paling tinggi ketakwaannya iaitu mengandungi maksud bahawa dalam menghadapi realiti kehidupan berlainan puak dan bangsa itu masing-masing berusaha untuk mengenali antara satu sama lain, menghargai kejadian yang berbeza puak dan bangsa itu sebagai kehendak Allah.

 

Tambahnya, maksud takwa dalam konteks realiti kehidupan berbagai puak dan bermacam bangsa dengan menahan diri daripada saling membenci, saling memusuhi yang membawa kepada menzalimi dan mencerobohi terhadap satu sama lain.

 

"Unsur terpenting dalam kesemua ini ialah tidak campur tangan. Dan tidak campur tangan itu dalam skop berantarabangsa, sama berdaulat, serantau dan seglobal, ialah bebas dari campur tangan asing dalam urusan masing-masing bangsa dan negara yang berdaulat," ujarnya.

 

Yang Berhormat Pehin seterusnya bersyukur bahawa kita di negara ini hidup dalam aman tenteram dengan berkat taatkan Allah Subhanahu Wata'ala, menuruti ajaran-Nya, menghindari larangan-Nya dalam skop dan ruang konsep takwa yang diajarkan oleh Allah.

120916 MASJID HAMZAH9

PARA jemaah hadir menunaikan Sembahyang Sunat Hari Raya Aidiladha di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong.

Sementara dalam khutbah kedua, Yang Berhormat Pehin menyentuh mengenai format baharu Majlis Ibadat Korban Sunat dan Sambutan Hari Raya Aidiladha di Istana Nurul Iman adalah satu lagi wawasan Kebawah DYMM mencontohkan kepentingan meningkatkan syiar Islam dan penghayatan berugama menurut cara dan calak kebruneian kita.

 

"Ianya merupakan manifestasi kesyukuran kepada Allah Subhanahu Wata'ala yang mengizinkan kita berkehidupan aman damai, saling bersefahaman khasnya saling mendukung antara raja dan rakyat.

 

"Hasilnya ialah negara kita dikurniakan rezeki yang berkat untuk dapat membangun dan memajukannya, meningkatkan mutu kehidupan melalui berbagai inisiatif dan program kebajikan, khasnya kebajikan dalam bidang pelajaran dan penjagaan kesihatan termasuklah juga pemedulian hal ehwal kebajikan bagi kesejahteraan rakyat," jelasnya.

 

Yang Berhormat Pehin seterusnya berharap semoga contoh teladan baginda itu akan menjadi ikutan sebagaimana halnya ibadat korban sunat baginda dan kerabat baginda telah pun menjadi ikutan yang meluas di pelbagai pihak dan kalangan.

 

Sebelum berangkat balik, baginda dan paduka-paduka anakanda baginda berkenan menerima junjung ziarah daripada para jemaah yang hadir.

 


 

Source:
@BRUDIRECT.COM

by Wan Mohamad Sahran Wan Ahmad

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits

 2024-04-24 09:57:39