Home > Bahasa Melayu
Berkenan Kurniakan Daging Korban
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan mengurniakan daging ibadah korban kepada para penerima. |FOTO: PELITA BRUNEI (Masri Osman, Hernie Suliana Haji Othman, Mohd. Sahrizal Haji Said, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali, Azmah Haji Ahad)
September 13th, 2016 | 09:25 AM | 1627 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Isnin, 12 September. - Keraian Hari Raya Aidiladha di negara bertuah ini sememangnya terasa lebih meriah lebih-lebih lagi dikongsi bersama raja yang dikasihi.
Sifat dermawan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam jelas mencerminkan keprihatinan baginda dengan keberangkatan ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha di Istana Nurul Iman bagi Tahun 1437 Hijrah / 2016 Masihi.
Keberangkatan baginda berdua serta kerabat diraja yang lain di Dewan Persantapan Diraja, Istana Nurul Iman, di sini, dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman dan Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Setia Haji Awang Mohammad Nawawi bin Pehin Orang Kaya Shahbandar Haji Awang Mohd. Taha serta ahli-ahli jawatankuasa kerja majlis.
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berserta kerabat diraja yang lain berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha di Istana Nurul Iman bagi Tahun 1437 Hijrah/2016 Masihi.
Berangkat sama ialah paduka-paduka anakanda dan adinda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Norhayati; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah serta Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel.
Juga berangkat ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor'ain; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Nasibah serta kerabat diraja yang lain.
BERANGKAT sama ialah paduka-paduka adinda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah serta Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Norhayati.
BERANGKAT sama ialah paduka-paduka anakanda dan adinda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna; dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor'ain.
Sebelum majlis dimulakan, Takbir Hari Raya dilaungkan beramai-ramai yang dikepalai oleh 21 orang wakil dari pasukan beruniform, persatuan-persatuan, belia masjid, sukarelawan da'ie dan sekolah-sekolah ugama.
Majlis kemudian diteruskan dengan bacaan Surah Al-Haj', ayat 34 - 37 oleh pelajar-pelajar Skim Tilawah Al-Quran Remaja (STAR), iaitu Awang Abd. Hanan bin Amir dan Awangku Mohd. 'Ashim 'Afif bin Pengiran Haji Md. Zain, manakala inti sari ayat dibacakan oleh Tenaga Pengajar di Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah, Pengiran Mohd. Amirul Aiman bin Pengiran Haji Marjuki.
BACAAN Surah Al-Haj', ayat 34 - 37 oleh pelajar-pelajar Skim Tilawah Al-Quran Remaja (STAR), iaitu Awang Abd. Hanan bin Amir dan Awangku Mohd. 'Ashim 'Afif bin Pengiran Haji Md. Zain, manakala inti sari ayat dibacakan oleh Tenaga Pengajar di Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah, Pengiran Mohd. Amirul Aiman bin Pengiran Haji Marjuki.
Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri kemudian berkenan mengurniakan daging ibadah korban kepada 100 penerima khas, iaitu 50 lelaki dan 50 perempuan.
Bagi memohon keberkatan, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.
DOA Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.
Pada tahun ini, sebanyak 74 ekor sapi dan 14 ekor kambing dikorbankan dan antara daging ibadah korban tersebut diagihkan kepada sejumlah 7,894 orang asnaf fakir dan miskin di seluruh negara, yang terdiri daripada ketua keluarga serta tanggungannya yang berhak menerima.
ANTARA penerima yang hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha di Istana Nurul Iman bagi Tahun 1437 Hijrah / 2016 Masihi.
Dari jumlah tersebut, 6,262 orang menerima di Daerah Brunei dan Muara; 741 orang di Daerah Belait, 699 orang di Daerah Tutong dan 192 di Daerah Temburong.
SUASANA Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha di Istana Nurul Iman bagi Tahun 1437 Hijrah / 2016 Masihi.
Antara yang dijemput hadir bagi sama-sama memeriahkan sambutan tersebut ialah saudara-saudara baharu, sukarelawan da'ie, belia masjid, muslimah masjid, mahasiswa-mahasiswi institusi pengajian tinggi dan pelajar-pelajar sekolah ugama.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Haniza Abdul Latif
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]