FacebookInstagramTwitterContact

 

Study Claims Drinking A Mug Of Black Tea Provides Enough Nutrients To Prevent COVID Infection           >>           Buyers Beware: Turmeric Products Are Often Contaminated With Lead           >>           Calcium: Why You Need It, Debunking Myths About It, And The Best Plant-Based Food Sources Of This Important Mineral           >>           Rubber Duck Washes Up On Scottish Beach 18 Years After It Was Released In Ireland           >>           Sainsbury’s Finally Gets The Price Of Freddo Right — After 19 Years           >>           Raya Joy for Hospital Patients           >>           Job Recruitment Interview           >>           Bilateral Exercise           >>           Hari Raya Aidilfitri can Alleviate Homesickness           >>           Spectrum Exhibition 2024           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Gagal Hadapkan Penyata Cukai Pendapatan : Didenda BND5,000


 


 March 20th, 2022  |  11:49 AM  |   499 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Syarikat Fazlul Hoque Sdn. Bhd., iaitu sebuah syarikat tempatan diarahkan untuk membayar denda setelah syarikat berkenaan mengaku bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid, di Mahkamah Majistret, di sini, kerana gagal mematuhi Seksyen 52 (1) Akta Cukai Pendapatan (Penggal 35).

 

Menurut kenyataan, Syarikat Fazlul Hoque Sdn. Bhd. dikenakan denda sebanyak BND5,000 kerana gagal menghadapkan penyata cukai pendapatan bagi tahun-tahun kewangan yang berakhir, iaitu 31 Disember 2019 (1 pertuduhan); 31 Disember 2018 (2 pertuduhan); 31 Disember 2017 (3 pertuduhan); 31 Disember 2016 (4 pertuduhan); dan 31 Disember 2015 (5 pertuduhan).

 

 Tempoh diberikan hingga 26 Mei 2022 untuk menyelesaikan denda dan jika gagal, waran akan dikeluarkan.

 

Syarikat tersebut adalah di bawah Akta Syarikat, Bab. 39 dan beralamat berdaftar, di No. 2-10, Bangunan Salmah, Simpang 480, Kampung Telanai, Jalan Tutong, Tutong, BA2312, Negara Brunei Darussalam.

 

Di bawah seksyen 52(1) Cukai Pendapatan, Bab. 35, syarikat dikehendaki memberikan penyata pendapatan untuk satu tahun taksiran selewat-lewatnya pada 30 Jun, tahun taksiran yang berkaitan, yang penyata itu berkaitan dan apa-apa butir yang mungkin diperlukan bagi tujuan memastikan pendapatan, jika ada, yang orang tersebut dikenakan bayaran, di bawah Akta Cukai Pendapatan, Bab. 35.

 

Kegagalan untuk mematuhi seksyen 52 Akta Cukai Pendapatan, Bab. 35, adalah satu kesalahan, di bawah seksyen 78(1)(b) Akta Cukai Pendapatan, Bab. 35.

 

Pada 24 September 2020, notis akhir, di bawah seksyen 52 Akta Cukai Pendapatan, Bab. 35 dikeluarkan dan disampaikan melalui pos berdaftar oleh Pemungut Cukai Pendapatan kepada syarikat Defendan untuk membuat pemulangan keseluruhan pendapatan syarikat tersebut yang terakhir, pada 30 Jun, tahun taksiran yang berkaitan, yang diperoleh daripada diterima di Negara Brunei Darussalam untuk tahun-tahun berakhir.

 

 Syarikat tersebut diberi masa 30 hari, mulai 24 September 2020 untuk mematuhi notis akhir tersebut dan menyerahkan semua dokumentasi yang diperlukan.

 

 Pada 19 November 2020, Bahagian Hasil menerima surat daripada syarikat memohon lanjutan tarikh akhir, namun tiada lanjutan diberikan; dan pada 25 Februari 2021, Bahagian Hasil menerima satu lagi surat daripada syarikat memohon pelanjutan kedua tarikh akhir, lanjutan kedua diberikan hingga 26 Mei 2021.

 

Sehingga 29 November 2021, pulangan yang diperlukan kekal tertunggak, oleh itu, syarikat tersebut telah gagal tanpa sebarang alasan yang munasabah untuk memberi Seksyen Hasil, Kementerian Kewangan dan Ekonomi pulangan pendapatan dan butir-butir daripada itu diperlukan untuk tujuan menentukan cukai pendapatan syarikat Defendan, seperti yang diperlukan untuk semua syarikat, selewat-lewatnya pada 30 Jun, tahun taksiran yang berkaitan, yang penyatanya berkaitan, menurut seksyen 52(1) Akta Cukai Pendapatan, Bab. 35.

 

 Syarikat tersebut tidak mempunyai sabitan terdahulu, di bawah Akta Cukai Pendapatan, Bab. 35.

 

 Kegagalan untuk menghadapkannya adalah satu kesalahan, di bawah Akta Cukai Pendapatan, Penggal 35, di mana jika didapati bersalah boleh dikenakan denda sebanyak BND10,000 dan jika gagal membayar akan dipenjarakan selama 12 bulan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Solomon Islands: The Pacific Election Being Closely Watched By China And The West

 2024-04-18 00:06:57

Whistleblower 'Would Not' Put Family On Boeing 787 Jet

 2024-04-18 01:01:12