FacebookInstagramTwitterContact

 

Weather Update for Brunei Darussalam           >>           National Weather Briefing           >>           Digital Innovation Profile Co-Creation Workshop           >>           Cultural Research Methodology Workshop           >>           TAP & SCP Savings for Financial Year 2021-2022           >>           Berkenan Hantar Perutusan Tahniah           >>           Perutusan Tahniah Sempena Day Of German Unity           >>           Kumpulan Kedua Skuad B-17 Negara Berlepas Ke Uzbekistan           >>           MoUTingkatkan Kerjasama, Perkongsian Pengalaman           >>           Awangku Mohd. Syakir Ungguli Kejohanan Golf Amal Pusat Ehsan Ke-22           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:40AM

Subuh

: 04:50AM

Syuruk

: 06:07AM

Doha

: 06:30AM

Zohor

: 12:10PM

Asar

: 03:23PM

Maghrib

: 06:11PM

Isyak

: 07:20PM

 



The Business Directory


 

 



Sports


  Home > Sports


Pasukan Negara Kalah Tipis


 


 March 28th, 2022  |  10:16 AM  |   2231 views

VIENTIANE, LAOS

 

Pasukan Bola Sepak Negara Brunei Darussalam kalah tipis di tangan Pasukan Kebangsaan Laos dengan jaringan 3 - 2, pada Perlawanan Persahabatan, yang berlangsung di Stadium Kebangsaan Baharu Laos, di sini.

 

 Pada separuh masa pertama perlawanan, Pasukan Kebangsaan Laos membuka tirai jaringan menerusi Phoutthavong Sangvilay, pada minit ke-6 perlawanan.

 

Pada minit ke-28, Chony Wenpaserth menggandakan jaringan bagi pasukannya dan selang lima minit kemudian, Phitack Kongmathilath menambah luka pasukan negara apabila berjaya menembusi gawang pasukan negara untuk mendahului dengan selesa dengan jaringan 3 - 0.

 

Walaupun tertinggal dengan jaringan 3 - 0, pasukan negara terus gigih mengatur serangan ke kubu Pasukan Kebangsaan Laos.

 

Kegigihan berkenaan membuahkan hasil apabila sepakan yang dilakukan oleh Muhammad Azwan Ali Rahman gagal diselamatkan oleh penjaga gawang pasukan lawan untuk merubah kedudukan menjadi 3 - 1, pada minit ke-40 hingga perlawanan separuh masa pertama berakhir.

 

 Perlawanan separuh masa kedua menyaksikan kedua-dua pasukan cuba untuk mempertahankan kubu masing-masing dari terus dibolosi pihak lawan.

 

 Peluang yang ditunggu akhirnya tiba apabila pada minit ke-72, pasukan negara berjaya sekali lagi membolosi gawang pasukan lawan, kini melalui tendangan yang dilakukan oleh Muhammad Hakeme Yazid Said untuk merapatkan kedudukan 3 - 2.

 

Pasukan negara terus berusaha untuk sekurang-kurangnya menyamakan kedudukan, namun benteng pertahanan pasukan lawan kental menepis segala percubaan juga serangan yang dilakukan, di mana pasukan negara terpaksa akur dengan kedudukan 3 - 2 hingga ke wisel penamat.

 

Muhammad Hakeme Yazid Said, berumur 19 tahun dan merupakan salah seorang pemain termuda yang terpilih menyertai perlawanan tersebut.

 

Pasukan Kebangsaan Laos pada 23 Mac lalu menerima kunjungan Mongolia dan perlawanan berkenaan berkesudahan dengan jaringan 1 - 0.

 

Hari ini mereka meneruskan perlawanan dengan menentang Pasukan Negara Brunei Darussalam, iaitu sebagai sebahagian daripada persediaan mereka bagi Sukan SEA, di Hanoi, Viet Nam, pada Mei ini.

 

Perlawanan ini menandakan penampilan pertama buat Pasukan Negara Brunei Darussalam di pentas antarabangsa sejak bermulanya pandemik COVID-19.

 

Pasukan Kebangsaan Laos dibarisi oleh para pemain muda, dengan hanya tiga pemain berusia lebih 23 tahun.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Bung Moktar Hoping For Mutual Gains In BN-GRS Cooperation In GE15

 2022-10-03 15:51:17

Indonesia: At Least 125 Dead In Football Stadium Crush

 2022-10-03 13:13:14

Credit Suisse Risk Gauge At Record High, Shares Hit New Low

 2022-10-03 16:47:21