FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Dipenjara 4 Tahun Atas 5 Pertuduhan


 


 April 4th, 2022  |  10:53 AM  |   724 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Mahkamah Perantaraan menjatuhkan hukuman keseluruhan empat tahun penjara ke atas seorang warga tempatan setelah mengaku bersalah terhadap lima pertuduhan berkaitan dengan pelbagai kesalahan terhadap harta benda.

 

Tertuduh, Mohammad Suhaimi bin Mohd. Sufri, berumur 28 tahun, mengaku bersalah di hadapan Yang Arif Radin Safiee bin Radin Mas Basiuni terhadap kesalahan curi (Bab 379, Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 (KHJ)); secara tidak jujur menyimpan harta benda curi (Bab 411 KHJ); secara tidak jujur menyalahgunakan harta benda (Bab 403 KHJ); jenayah ceroboh (Bab 447 KHJ) dan ceroboh masuk rumah dengan niat untuk melakukan curi (Bab 451 KHJ).

 

Kesemua kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh bermula dari 29 Oktober 2021 hingga 13 Disember 2021.

 

Dalam hujah pihak Timbalan Pendakwa Raya, Sabrina binti Haji Mahmud, pelbagai fakta yang mahkamah perlu mempertimbangkan sebelum menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh.

 

Antara hujah yang disampaikan oleh Timbalan Pendakwa Raya ialah tertuduh sememangnya tidak menghormati harta benda orang memandangkan tertuduh masuk ke dalam kawasan rumah plaintif tanpa sebarang keizinan.

 

Ini bukanlah kesalahan pertama tertuduh, memandangkan tertuduh mempunyai rekod kesalahan lalu berkaitan dengan harta benda sejak tahun 2013 hingga tahun 2020.

 

Pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh bukanlah hanya daripada satu transaksi yang sama, malah di berlainan tempat dan melibatkan berlainan mangsa.

 

Bagi kes ini, tertuduh terlibat dalam lima kesalahan berkaitan dengan harta benda antara 29 Oktober 2021 hingga 13 Disember 2021.

 

Pihak Pendakwa Raya juga memohon kepada mahkamah agar menjatuhkan hukuman yang sewajarnya untuk menghalang tertuduh ataupun mencegah sesiapa yang berniat untuk melakukan kesalahan daripada melakukan kesalahan yang sama.

 

Sebelum menjatuhkan hukuman, Mahkamah Perantaraan juga mempertimbangkan pelbagai fakta kes, faktor yang memberatkan kes ini, penghujahan pihak Pendakwa Raya dan juga permohonan rayuan tertuduh.

 

Hakim Mahkamah Perantaraan juga mengambil kira mengenai pelbagai rekod kesalahan lalu tertuduh yang agak panjang.

 

Menurut mahkamah, pelbagai kesalahan yang dilakukan di dalam kes ini adalah sememangnya berlainan daripada satu sama yang lain memandangkan pelbagai kesalahan tersebut dilakukan pada hari-hari yang berbeza.

 

Setelah mengambil kira prinsip totaliti dalam menjatuhkan hukuman, mahkamah menjatuhi hukuman keseluruhan empat tahun pemenjaraan.

 

Menurut fakta kes-kes kejadian berhubung dengan tertuduh, iaitu pertuduhan pertama, iaitu mencuri sepasang kasut yang dilakukan pada 11 November 2021, sekitar jam 9.30 malam, plaintif bernama Jessica menyedari sepasang kasut jenama Skechers berwarna putih kepunyaannya hilang dari kawasan rumahnya di Seria. Sejurus selepas itu, si plaintif pun melaporkan hal ini kepada pihak polis.

 

Melalui siasatan Balai Polis Seria, tertuduh berjaya ditangkap. Sewaktu penangkapan tertuduh pada 20 Disember 2021, pihak polis menjumpai kasut tersebut di dalam simpanan tertuduh dan sewaktu itu, tertuduh tidak dapat menjelaskan mengenai kepunyaan atau hak milik siapakah kasut tersebut.

 

Lalu, pihak polis pun merampas kasut tersebut daripada tertuduh sebagai bahan bukti. Tertuduh kemudian mengaku melakukan perbuatan curi tersebut.

 

Manakala pertuduhan kedua, iaitu secara tidak jujur menyimpan harta benda curi. Pada waktu Subuh, 14 Disember 2021, seorang lagi plaintif bernama Abdus Sattar Md. mendapati telefon bimbit jenama Oppo berwarna merah kepunyaannya hilang dari tempat tinggalnya di kawasan Seria yang berharga BND190.

 

Siasatan mendapati tertuduh secara tidak jujur menyimpan telefon bimbit tersebut walaupun mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai yang telefon bimbit tersebut adalah harta benda curi.

 

Pertuduhan ketiga secara tidak jujur menyalahgunakan harta benda pada 19 November 2021 sekitar jam 2.10 pagi. Seorang lagi plaintif bernama Rasel Mia berada di kawasan tempat tinggalnya di Seria semasa dia mendengar bunyi anjing menyalak.

 

Semasa plaintif hendak keluar dari biliknya, beliau menyedari pintu biliknya telah pun dikunci dari luar. Lalu si plaintif pun keluar melalui jendela biliknya dan terus memeriksa bilik stor dan mendapati dua buah mesin 'grinder' jenama Makita berwarna hijau hilang dari stor kawasan tempat penyimpanan barang kepunyaan syarikat tempatnya bekerja. Anggaran harga dua buah mesin tersebut dijangkakan berjumlah BND700 secara keseluruhan.

 

Hasil siasatan pihak polis menunjukkan yang tertuduh, secara tidak jujur menyalahgunakan dua buah mesin 'grinder' tersebut dengan menyuruh adik tirinya untuk menjual 'grinder' tersebut walaupun tertuduh mengetahui yang barang tersebut adalah harta benda curi. Tertuduh juga menerima hasil daripada transaksi penjualan tersebut.

 

Sementara bagi pertuduhan keempat, iaitu jenayah ceroboh. Pada 29 Oktober 2021, sekitar jam 12.40 tengah hari, seorang plaintif bernama Chang berada di dalam dapur rumahnya di kawasan Seria apabila beliau ternampak seorang lelaki yang tidak diketahui memasuki kawasan rumah kediaman plaintif yang dikelilingi oleh pagar dan menuju ke bilik stor di kawasan luar rumah.

 

Hasil siasatan juga menunjukkan tertuduh melakukan jenayah ceroboh dengan niat untuk mencuri.

 

Tertuduh juga menyebabkan si plaintif dan anak perempuannya berasa takut dengan keberadaannya di dalam kawasan halaman rumah mereka. Walaupun tertuduh tahu rumah tersebut adalah kepunyaan orang lain, tertuduh masih masuk ke dalam kawasan halaman rumah plaintif tanpa sebarang izin daripada si plaintif.

 

Bagi pertuduhan kelima, iaitu ceroboh masuk rumah dengan niat untuk melakukan curi. Pada 29 Oktober 2021, tertuduh berjalan di kawasan Jalan Nakhoda Manis, Seria apabila beliau ternampak sebuah rumah di kawasan jalan tersebut. Lalu tertuduh masuk ke dalam kawasan halaman rumah tersebut melalui pagar rumah tersebut.

 

Sewaktu berada di dalam halaman rumah, tertuduh memerhatikan persekitaran rumah itu dan mendapati ada jendela di tingkat bawah rumah tersebut dalam keadaan terbuka. Lalu tertuduh pun melihat melalui jendela yang terbuka itu dan ternampak sebuah telefon bimbit jenama Samsung dan dompet ada di dalam bilik tidur itu.

 

Lalu, tertuduh pun memasukkan tangannya melalui jendela yang terbuka itu untuk mencapai telefon bimbit tersebut dan mengambil wang tunai berjumlah BND50 dari dalam dompet di bilik tersebut. Selepas itu, tertuduh pun meninggalkan rumah tersebut.

 

Pada hari yang sama, sekitar jam 12.54 tengah hari, seorang lagi plaintif bernama Pui Moi Lam hendak memeriksa kucing di kawasan belakang rumahnya apabila beliau terdengar suara bising.

 

Tidak lama kemudian, plaintif melihat ada seorang lelaki berada di kawasan garaj rumahnya itu. Menyangka lelaki tersebut adalah anaknya, dia pun masuk semula ke dalam rumahnya. Semasa dia memasuki biliknya, dia mendapati telefon bimbit jenama Samsung dan wang tunai berjumlah BND50 yang berada di biliknya hilang.

 

Tertuduh mengetahui yang rumah tersebut adalah kepunyaan orang lain, akan tetapi tertuduh tetap masuk ke dalam kawasan halaman rumah tersebut tanpa sebarang izin daripada si plaintif.

 

Tertuduh mengaku mencuri telefon bimbit dari rumah tersebut dan menjualnya kepada seseorang yang tidak dikenali dengan harga BND30 ke BND40.

 

Tertuduh juga mengakui menggunakan hasil penjualan telefon bimbit dan wang tunai yang dicurinya dari dompet itu untuk keuntungannya sendiri.

 

Telefon bimbit tersebut dianggarkan berharga BND228. Malangnya telefon bimbit dan wang tunai yang dicuri itu gagal untuk diperoleh kembali.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19