Home > In The Court
Padah Mencuri Kabel CCTV
April 7th, 2022 | 10:17 AM | 587 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Gara-gara mencuri kabel CCTV di Bangunan Letak Kereta Bertingkat, Jalan Cator, seorang lelaki, berusia 43 tahun, dijatuhkan hukuman 36 bulan penjara dan dua kali sebatan oleh Mahkamah Majistret.
Majistret Kanan, Hajah Azrimah binti Haji Abdul Rahman menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Mohd. Taha bin Haji Md. Jinin @ Taha dan memerintahkan hukuman penjara bermula daripada tarikh tertuduh ditangkap pada 24 Ogos 2021.
Menurut fakta kes, pada 22 Ogos 2021, kira-kira jam 9.00 pagi, di Bangunan Letak Kereta Bertingkat, Jalan Cator di ibu negara, tertuduh melakukan kejadian curi harta benda, iaitu kira-kira 50 meter kabel CCTV dalam simpanan Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB).
Tertuduh dipercayai melakukan kesalahan dengan menyebabkan kerosakan dengan menarik dan memotong kabel CCTV sepanjang 50 meter kepunyaan PPDB dengan jumlah melebihi BND500.
Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Kamal Ariffin bin Ismail.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]