FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Dihukum Penjara, Sebat Atas Pelbagai Kesalahan


 


 April 13th, 2022  |  10:12 AM  |   753 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seorang lelaki tempatan dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun enam bulan dan enam kali sebatan selepas didapati bersalah atas pertuduhan pecah masuk beberapa buah rumah dengan tujuan untuk mencuri, di Mahkamah Perantaraan.

 

Tertuduh, Md. Azwa'an bin Karim, berumur 23 tahun, didakwa melakukan kesalahan dan mengaku bersalah dan mengakui kenyataan fakta yang didedahkan di mahkamah oleh Pendakwa Raya, Nur Hidayatul Aeny Alisah binti Haji Zullizam.

 

Hakim Harnita Zelda Skinner dimaklumkan bahawa tertuduh melakukan kesalahan dari Ogos hingga November 2021.

 

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didapati melakukan pecah masuk rumah pada Ogos 2021 dengan niat mencuri di tempat Jalan Tanjong Selasih, Kampung Mengkubau.

 

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga pada Oktober 2021, tertuduh sekali lagi melakukan kesalahan pada jam 11.30 pagi, di sekitar Simpang 340, Pam Pembentungan LKN-24 Electric Sub Station, Meragang Highway dengan mencuri sebuah komputer riba jenama Acer Aspire dan merosakkan salah satu tingkap kenderaan Vios milik seorang plaintif.

 

Manakala pertuduhan keempat tertuduh, pada bulan Ogos 2021, tertuduh melakukan kesalahan cubaan mencuri di sebuah rumah di Kampung Jerudong.

 

Bagi pertuduhan kelima, tertuduh melakukan kesalahan menceroboh pada 10 Mei 2021 pada kira-kira jam 5.00 petang dan pada 2 Jun 2021, pada waktu tengah hari, di sebuah rumah di Kampung Orang Kaya Besar Imas.

 

Tertuduh juga melakukan kesalahan yang sama pada bulan Julai 2020, kira-kira jam 4.00 pagi, di salah sebuah rumah di Jalan Anggerek Desa.

 

Pertuduhan ketujuh, tertuduh melakukan kesalahan mencuri pada Oktober 2021, pada waktu malam, di sekitar sebuah rumah di STKRJ Lambak Kanan dengan melakukan curi harta benda, iaitu satu tong minyak 20 liter yang mengandungi bahan api.

 

Pertuduhan kelapan, tertuduh melakukan kesalahan pecah masuk pada 30 Ogos 2021, di sebuah rumah di Jalan Masjid Salambigar, Lambak Kanan.

 

Bagi pertuduhan kesembilan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan pada 30 Ogos 2021, di sekitar rumah di Jalan Masjid Salambigar, Lambak Kanan untuk meneruskan niat melakukan kecurian harta, iaitu sebuah kenderaan jenis Nissan Sunny.

 

Pertuduhan ke-10, tertuduh melakukan kesalahan menceroboh antara 11 Oktober 2021, kira-kira jam 7.30 malam dan pada 12 Oktober 2021 kira-kira jam 4.30 pagi, di sebuah rumah di Kampung Anggerek Desa dan melakukan pecah rumah dengan cara membuka pintu belakang rumah tersebut secara paksa.

 

Pertuduhan ke-11, tertuduh melakukan kesalahan pecah masuk pada 19 November 2021, kira-kira jam 7.00 pagi dan jam 11.15 pagi, di salah sebuah rumah di Jalan Kebangsaan, Kampung Anggerek Desa dengan memasuki rumah tersebut dengan memotong kunci pintu utama rumah tersebut menggunakan pemotong logam.

 

Pertuduhan tambahan, tertuduh melakukan kesalahan pada 25 September 2021, kira-kira jam 5.00 petang, di sekitar Pusat Pengasingan di Ma'had Islam Brunei, iaitu melarikan diri dari pusat tersebut semasa beliau masih pesakit COVID-19 yang positif ditempatkan di bawah Perintah Kuarantin.

 

Beliau didapati ke Hua Ho Petani Mall, Tutong untuk membeli barang. Beliau juga mengetahui serta mempunyai sebab untuk percaya bahawa beliau berkemungkinan menyebarkan jangkitan COVID-19 kepada orang lain.

 

Mahkamah mengarahkan hukuman penjara berkuat kuasa bermula tertuduh direman pada 25 November 2021.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54