Home > In The Court
Tinggal Lebih Masa : Dipenjara 4 Bulan
April 15th, 2022 | 10:28 AM | 848 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seorang wanita, warganegara Indonesia, dijatuhkan hukuman empat bulan penjara, di bawah Seksyen 15 (1) Akta Imigresen, Penggal 17.
Umiasih, berumur 47 tahun, didakwa melakukan satu pertuduhan kerana tinggal lebih masa di Negara Brunei Darussalam tanpa alasan yang munasabah setelah Pas Lawatan mansuh bagi tempoh selama 806 hari.
Majistret Harnita Zelda Skinner menjatuhkan hukuman tersebut yang dijalankan secara maya, di sini.
Umiasih ditangkap oleh Pegawai-pegawai dari Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), di sebuah gerai sayur, di Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Kampung Lambak Kiri.
Siasatan yang dijalankan juga mendapati, bahawa defendan kali terakhir memasuki ke negara ini pada 13 Januari 2020 melalui Pos Kawalan Imigresen Sungai Tujoh, Kuala Belait dan diberikan Pas Lawatan selama 14 hari, di mana ia sah hingga 27 Januari 2020.
Dalam rekod pula, tidak ada rekod lanjutan Pas Imigresen selepas 27 Januari 2020.
Pendakwaan tertuduh dijalankan oleh pihak Pendakwa Raya di JIPK, Adi Yusra bin Haji Adnan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]