Home > Bahasa Melayu
Bantu Kesan Pekerja Lari Daripada Majikan
April 24th, 2022 | 12:29 PM |
176 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) ingin memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan empat orang pekerja yang dipercayai lari daripada majikan.
Menerusi laporan yang dibuat di Balai Polis Sengkurong, mereka ialah Rajendran Subbaiah, lelaki, 47 tahun, pemegang nombor pasport V8749930, warganegara Bangladesh; Safir Uddin, lelaki, 27 tahun, pemegang nombor pasport BL0776792, warganegara Bangladesh; dan Mohammad Salam, lelaki, 43 tahun, pemegang nombor pasport EA0331304, warganegara Bangladesh.
Manakala laporan yang dibuat di Balai Polis Sungai Liang ialah Henny Rachmawati, perempuan, 57 tahun, pemegang pasport C0836009, warganegara Indonesia.
Jika terdapat sebarang maklumat mengenai mereka, sila hubungi ke Balai Polis Sengkurong melalui telefon +673 2661334 atau Balai Polis Sungai Liang menerusi talian +673 3230250 dan Talian Kecemasan Polis 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]