FacebookInstagramTwitterContact

 

ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>           Formula E: The World's Fastest Electric Vehicles Could Spark Widespread Innovation           >>           Attractive Raya Envelopes           >>           Man United Should Rebuild In The Way Arsenal Have – Mata           >>           Books by Local Writers           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Swedish FA Not Considering VAR After Clubs Raise Objections           >>           'Maintaining Healthy and Safety in the Workplace'           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Jemaah Haji Selamat Kembali Ke Tanah Air


MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman (kiri); Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof yang juga selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) (tengah) dan Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi (kanan) mengalu-alukan ketibaan para jemaah haji Negara Brunei Darussalam yang menaiki pesawat BI4214 penerbangan dari Jeddah, Saudi Arabia. |FOTO: PELITA BRUNEI (Haji Ariffin Mohd. Noor)

 


 September 19th, 2016  |  10:59 AM  |   2828 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Ahad, 18 September. - Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB) dipenuhi oleh kaum keluarga dan sanak-saudara yang mengalu-alukan kepulangan jemaah haji negara, bagi penerbangan pertama yang selamat mendarat pada jam 4.10 petang.

 

Ketibaan seramai 206 orang jemaah haji di Balai Ketibaan LTAB di sini dialu-alukan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman; Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof yang juga selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) dan Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi.

 

Juga mengalu-alukan ketibaan jemaah haji negara ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud; Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof; Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) KHEU, Awang Haji Harun bin Haji Junid; Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) KHEU, Awang Roslan bin Haji Taja'ah; Pesuruhjaya Polis, dan wakil Duta Besar Arab Saudi ke negara ini serta para pegawai kanan dari KHEU.

 

Kepulangan jemaah haji yang mengikuti Pakej Darussalam Holdings dan Strait Central Agencies (Brunei) Sendirian Berhad juga disertai oleh rombongan perubatan haji dari Kementerian Kesihatan.

 

Bagi memberkati kepulangan jemaah haji itu, Doa Selamat dibacakan oleh Mudim Awang Haji Metassim bin Haji Metussin.

 

Seorang jemaah haji negara yang mengikuti penerbangan pertama di bawah Pakej Darussalam Holdings, Pengiran Haji Kamrulsalihin bin Pengiran Haji Kamis dari Kampung Kilanas ketika ditemui mengongsikan pengalaman beliau semasa menunaikan fardu haji.

 

18092016 ARIFFIN PULANG HAJI 13

PENGIRAN Haji Kamrulsalihin bin Pengiran Haji Kamis dari Kampung Kilanas.

 

Menurutnya, ini merupakan haji pertama beliau dan begitu terharu sekali kerana banyak pembaharuan yang dilaksanakan oleh Kementerian Haji Arab Saudi demi keselesaan semua jemaah haji seluruh dunia.

 

Katanya, beliau melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana semua jemaah haji Negara Brunei Darussalam begitu bertuah kerana segala urusan begitu lancar dan baik sekali.

 

"Alhamdulillah saya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dapat menunaikan dan melaksanakan haji bagi kali pertama dan dapat mengerjakan semua ibadah haji dengan sempurna tanpa ada sebarang masalah," ujarnya yang menunaikan haji tahun ini bersama tiga keluarga beliau.

 

Manakala bagi Awang Haji Saiful Rizal bin Haji Ariffin berasal dari Kampung Penanjong, Tutong ketika ditemui melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana beliau dan jemaah haji lainnya diberikan rahmat dalam memudahkan urusan ibadah haji mereka pada tahun ini.

18092016 ARIFFIN PULANG HAJI 14

AWANG Haji Saiful Rizal bin Haji Ariffin berasal dari Kampung Penanjong, Tutong.

 

Beliau bersama isterinya, menyatakan bahawa kemudahan mereka di sana juga adalah atas berkat doa dari ahli keluarga mereka dan segala urusan mereka setelah berada di Madinah dan Mekah diuruskan dengan baik oleh pegawai dan kakitangan kerajaan yang berada di Arab Saudi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Rohani Haji Abdul Hamid

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

Why Green Steam Is A Hot Issue For Business

 2024-04-27 01:41:28