FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Jemaah Haji Penerbangan Kedua Selamat Tiba di Tanah Air


MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) semasa mengalu-alukan kepulangan para jemaah haji. |FOTO: PELITA BRUNEI (Hamzah Mohidin)

 


 September 20th, 2016  |  11:09 AM  |   1765 views

BERAKAS

 

Isnin, 19 September. - Jemaah haji Negara Brunei Darussalam penerbangan kedua yang mengikuti Pakej Syarikat Darussalam Holdings Sendirian Berhad selamat kembali ke tanah air kira-kira pukul 3.40 petang.

 

Penantian keluarga dan sanak saudara para jemaah di ruang legar Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB) memeriahkan lagi sambutan kepulangan jemaah haji penerbangan kedua melalui pesawat Diraja Brunei BI 4216.

 

Kepulangan para jemaah haji dialu-alukan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB).

 

Juga hadir ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud; Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Awang Haji Harun bin Haji Junid dan Awang Roslan bin Haji Taja'ah serta para pegawai kanan dari KHEU.

 

19092016 HAMZAH HAJI 07

HADIR bagi menyambut kepulangan jemaah haji perempuan ialah isteri Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama berserta pegawai-pegawai kanan KHEU.

 

Sejurus ketibaan, Doa Selamat telah dibacakan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Mudim Haji Amran bin Haji Mohd. Salleh.

 

Awang Haji Mohd. Amir bin Haji Safar dari Kuala Belait, salah seorang jemaah haji ketika ditemui menyatakan, melihat kaabah secara dekat adalah suatu perkara yang menakjubkan dan merupakan satu pengalaman berharga yang tidak mungkin akan dapat dilupakan.

 

19092016 HAMZAH HAJI 011

SALAH seorang jemaah haji yang mengikuti penerbangan kedua, Awang Haji Mohd. Amir bin Haji Safar.

 

"Ia merupakan satu perasaan yang sukar untuk digambarkan. Ini adalah merupakan kali pertama saya menunaikan haji. Antara pengajaran yang saya perolehi semasa menunaikan haji ialah untuk lebih banyak bersabar dan menahan diri daripada marah," ujarnya.

 

Sementara itu, salah seorang pegawai dari Syarikat Darussalam Holdings Sendirian Berhad, Awang Haji Mohd. Isa bin Shawal berkata, beliau berasa sangat bersyukur dan gembira kerana dipilih sekali lagi untuk menjadi salah seorang petugas mengendalikan urusan jemaah haji.

 

19092016 HAMZAH HAJI 012

PEGAWAI Syarikat Darussalam Holdings Sendirian Berhad, Awang Haji Mohd. Isa bin Shawal.

 

"Syukur Alhamdulillah, segala urusan yang telah diaturkan telah berjalan dengan lancar dengan berkat doa daripada jemaah haji serta ahli keluarga. Oleh itu, saya wakil bagi pihak Syarikat Darussalam Holdings Sendirian Berhad ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh jemaah haji yang mengikuti pakej kami pada tahun ini dan semoga amalan kita diterima oleh Allah Subhanahu Wata'ala jua. Amin," tambahnya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Aimi Sani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19